Assalamualaikum...?
Raya ke-2 pada siang hari tak banyak sangat tetamu yang datang. Tapi kat tempat aku kebiasaan orang akan datang pada waktu malam selepas maghrib, Alhamdulillah...penat jugak melayan orang erk..hehehe.
Mau tak penat, aku la anak lelaki bongsu yang gamble dan memang selalu melayan kerenah orang...huhu...takpe, jadi anak teruna yang senang di senangi orang.
Huhu..malam ni aku di tegur lagi oleh mak aku...huhu...Kesabaran dalam mencari rezeki tak semestinya apa yang kita usahakan mampu untuk dapat dengan cepat, mungkin ni semua dugaan Allah kepada hambanya. Aku memang sedang di uji dan di uji serta di uji..InsyaAllah lepas raya ni aku cuba perbetulkan lagi kesilapan aku ini. Aku sedar bila kita melakukan sesuatu perkara dengan terburu2 hasilnya tak begitu menarik, samalah dengan ape yang aku rancangkan sebelum ini..aku tak boleh terburu2 dan dalam semua ini aku akan kehilangan sesuatu yang mampu membuat aku jatuh sejatuh2nya...rupanya semua ini ada hikmah disebalik kejadian dan aku mesti sentiasa redha dengan segalanya..
Bulan puasa dah berlalu dan aku masih rindukan bulan yang mulia itu, sebab aku tak manfaatkan bulan yang baik ini untuk kepentingan diri aku sendiri yakni dalam amal ibadah aku...aku tahu kenapa raya tahun ini kurang meriah untuk aku sambutnya. Yelah..!! Perjuangan yang aku rasakan aku tak dapat kemenangannya.. Sebab tu la aku rasa tak seseronok sebelum ini....
Aku bukannya insan yang baik...dah nama manusia,kelemahan tu tetap ada pada diri kita. Aku terasa sayup aje...yelah umur dah meningkat, memang masa aku untuk berubah dengan lebih serius. dengan lebih matang dan lebih kepada komitmen.Oklah...aku nak bermunasabahkan diri kejap..mencari jawapan yang tidak pasti..:) "Dan jawapan yang tidak pasti itu..akan aku temui tidak lama lagi...Fikirkanlah dan pastikanlah..".
Salam kemenangan ABADI...SElaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi...
MrYusSmile......
No comments:
Post a Comment