Sunday, October 26, 2008

Walimatul urus






Assalamualaikum...??

Aku baru je terjaga dari tido...erm..Penatnye la...Malam tadi baru lepas balik daripada kenduri kahwin member aku Faiz...Dia adakan kenduri kahwin pada waktu malam. Kira macam open hause style la, tapi meriah jugak...kira baget style...orait gak macam tu...cara jugakkan..

Aku macam biasa la...tetamu, datang sorang2 aje. Single available. Lagipun lorong kawasan tu memang dah ramai sangat kenal aku dari kecik. kira top gak la aku kat sana. Datang je kecoh sikit...hehehehe...biasalah, anak didik yang di sayangi..huhu...cedih lak. Datang sana macam2 la soalan di tanya.."bila lagi??"..."berapa haribulan..?""dah ada calon ke..?''.."lama tak nampak..??"..hahaha..pening aku di buatnye.. takpe..memang sepatutnya soalan tu di tujukan pada diri aku ni, yelah...umur dah meningkat dan sepatutnya aku pun kena ikut perkembangan semasa. oklah..Abaikan dulu bab tu ok.

Menu malam tu ialah..ayam golek, ayam goreng, sayur campur, rendang daging, kari, dan macam2 la menu dia malam tu..memang nice sangat2..dan malam tu jugak la dapat jumpa semua kawan2 lama aku, kira macam REUNION la bagi geng2 aku..dan masa ni la dapat tengok perkembangan masing2 dan cerita terbaru daripada mereka..memang rindu gila dengan saat2 macam tu....herm.... Aku dah lama tak singgah kawasan tu..kira kat situ keluarga angkat aku banyak..dan mereka memang sayang gila dengan aku...sedih plak bila aku nak story bab2 macam ni..diorang memang mengharapkan apa yang terbaik untuk diri aku.. aku memang senang dengan keadaan aku sekarang dan kasih saynag yang mereka tonjolkan pada diri aku dan aku kadang2 tak mampu untuk berikan yang terbaik untuk diorang..InsyaAllah...dalam masa terdekat ni aku akan berikan komitmen yang paling diorang harapkan...

Aktiviti malam tu simple je..tapi memang ramai orang datang. so..tu yang aku cakap memang meriah walaupun simple..sok time aku pun aku ingat nak buat macam tu jugak sebab mudah...lagipun waktu malam bila kita capture pitcha dia punya permandangan berbeza dan nampak tenang...cuma kena pandai main dengan cahaya je..kira kena pandai melukis menggunakan cahaya la..konsep sebenar Photographer..hehehehe..poyo je..hahahaha...

apa2 hal pun aku mintak maaf sebab tak banyak gambar yang aku tangkap disebabkan masa tu aku sibuk dengan member aku, jadi mana yang sempat saje la aku tangkap..hehehehe.. kira ada gak la gambar yang aku nak masukkan dalam blog aku ni...Apehalpun diharap korang doakan plak aku agar aku pun dapat mengecapi kebahagiaan seperti mereka...InsyaAllah..Amin...
dan kepada "Mohd Faiz Bin Miskan dan pasangannya Noraida bte Abdul Razab..semoga kekal sehingga ke Akhir hayat dan di limpahkan dengan segala kebahagiaan dan di murahkan rezeki berlipat kali ganda...aku doakan yang terbaik untuk sahabat2 aku dunia dan akhirat..Amin.."


Ya Allah ya Tuhan kami
"Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, terciptanya buatku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagian diantara kami, agar kebahagian itu abadi. Tuhanku yang maha pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari tepian dengan sejahtera sepertimana yang engkau kehendaki."







-MrYusSmile-

p/s- kebahagian yang dikecapi datangnya dari persefahaman yang dimiliki...

No comments: