Tak rugi aku menjadi salah seorang blogger, banyak ilmu dan pengajaran yang aku belajar. Salute kat korang semua. Ada yang lawak, serius, global part dan macam2 la..pergh!! Memang susah sebenarnya nak jadi seorang pencerita ni sebab nak tarik minat orang untuk setia dengan kita memang complicated. Yelah..tak semua orang sekepala dengan kita.
Pagi ni aku survey semua blog-blog yang aku tak pernah kunjung dan akhirnya aku dapat apa yang aku mahu..dan akhirnya jugak aku dapat temui satu blog yang memang aku suka sangat. Wat masa ni aku nak follow blog orang ni..ada 2 orang yang aku memang minat dengan entri dia..boleh dikatakan marvellous la..huhu. Bila masuk blog dia pertama sekali aku baca isi dia...pergh!!! memang layan..meromang jugak la bulu roma aku ni bila baca entri dan cara penyampai dia..memang menarik sangat2. So..aku pun nak jadi macam dia tapi style yang lain dan konsep yang berbeza2 la..cuma tak tahu macam na nak bermula..sebab semuanya kena ada bahan dan ramuan untuk menampakkan kesedapan ceritanya..
Disini penghargaan aku pada semua pembaca dan blogger2 smua..semoga korang succes selalu, aku salute seribu kali salute sebab kita ada lah serumpun dalam satu bumbung kerana kita adalah penulis, pencerita dan pembekal kepada ilmu dan isi yang sangat penting pada semua pembaca. Yang penting apa yang kita sampaikan benda yang elok dan dapat berikan impak maksima kepada pembaca... teruskan bercerita dan sampaikan ilmu tu..aku sayang korang semua..
Dan pada insan yang banyak bantu aku dalam perbaiki mutu penulisan aku dan konsep blog ni..aku berterima kasih pada korang. Setiap teguran tu satu kebaikan untuk aku berubah dan setiap perubahan tu datang dari jiwa aku sendiri dan semuanya atas sokongan korang. Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..betul tak..?? sesedap mana makanan asing, sedap lagi makanan ruji kita seharian kalau bukan NASI. Macam tu la kita..
So..moral of the story is....Belajar dari kesilapan dan hargai apa yang orang berikan kepada kita, kerana setiap penghargaan tu adalah penting sebagaimana pentingnya kehidupan kita pada keluarga..sahabat..teman dan seangkatan dengannya. Caiiyok!!!!
-MrYusSmiLe-
2 comments:
yus..
hanya org y dpt terima teguran akan berjaya...
setiap teguran adalah satu kebaikan untuk diri kita
org y berani menegur kesilapan org adalah org benar2 ikhlas ke atas org lain
Yaaa....yaaa BETUL...!!
hehe..
ikhlas atas segalanya. Walaupun perit teguran tu..terima saje..asalkan ada kebaikan daripada stiap teguran tu..:P
Post a Comment