Thursday, January 1, 2009

2009 punya cite..n3 Ke3




Letihnye satu hari ni selepas pulang dari Seremban... Banyak benda dan perkara nak kena buat.. Ermm... Tahun ni adalah tahun mencabar bagi Dunia di mana akan dijangkakan ekonomi dunia akan jatuh dengan teruk sekali akibat kejatuhan mata wang dollar. Bau2 masalah ekonomi ni dah terjadi dari tahun pengakhiran 2008, dimana syarikat2 terbesar dan ternama yang telah lama menapak dan disangka kukuh telah jatuh muflis akibat kejatuhan ekonomi ini. Dijangkakan juga masalah ekonomi ini akan membawa banyak kematian dan tekanan jiwa akibat sara kehidupan yang semakin melampau.

Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Kenaikan dan kejatuhan pasaran saham, petrol dan makanan dunia diluar kawalan. Ramai yang panik dengan krisis yang menimpa, terutama pelabur2 yang telah kerugian jutaan dolar dalam sekelip mata dan ribuan pkerja hilang pekerjaan. Kehilangan pekerjaan berarti kehilangan punca sara hidup.

HARGA MINYAK

Hari ini harga minyak mentah dunia dibawah 40 USD per tong. Minyak yang sama dijual pada harga melebihi 147 USD per tong pada April yang lalu. Pakar2 ekonomi menjangkakan harga minyak akan terus turun sehingga 25 USD per tong. Rakyat Malaysia menyambut gembira penurunan minyak yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama masih ada desakan supaya minyak di Malaysia diturunkan lagi. (dah turunkan...??tapi akan datang macam na lak...??).

Tahun 2008, pelbagai catitan peristiwa suka dan duka berlaku, dahulunya suka gembira, tetapi kini semuanya semuanya hampir terbalik.

NASIB PENOREH GETAH

Kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan harga getah dipasaran dunia, lalu penoreh menarik nafas lega disebabkan kenaikan ini, ada pemandu teksi berhenti memandu lalu mengadap pokok getah demi menyara hidup. Apa tidaknya seorang penoreh getah mampu mengutip hasil melebihi 1000 RM seminggu. Ia jauh lebih selesa berbanding memandu teksi di siang hari.

Sayang dan malang nasib penoreh getah yang sebangsa denganku, apabila pendapatan yang begitu besar diperolehi setiap bulan hasil jualan getah, ada yang membeli kereta, ada yang membesarkan rumah, ada itu, dan ada ini. Akhirnya kini harga getah menurun, insuran kereta tak sempat habis lagi. Duit simpanan sudah tiada, pendapatan pun cukup2 makan. Inilah bala dan bencana apabila tidak tahu menahu tentang ilmu kewangan untuk membebaskan diri daripada perlumbaan kehidupan. Kehidupan mereka kembali kepada asal, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

ARAB NEGARA TELUK

Ketika harga minyak mencecah 147 USD per tong, jualan kereta mewah diseluruh dunia mencatat penurunan kecuali di Negara2 Teluk.(Arab Saudi, Emirate, Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar). Hasil kenaikan minyak pasaran global, mereka mendapat untung lebih berlipat kali ganda. Kereta mewah dibeli seolah2 permainan kanak2, dengan mudah membeli dan menukar kereta baru. Ego mereka dalam membeli kereta tidak bertahan lama, kini minyak pasaran global merudum, keuntungan juga berkurangan..

Negara2 Teluk kini mengisi perut hasil jualan minyak kepada pasaran global. Secara logiknya, apabila negara2 ini kehabisan minyak, maka ia kembali menjadi miskin. Kini, mereka boleh mendabik dada menunjuk ego disebabkan telaga minyak masih mengalir, aku bukanlah anti semua penduduk negara Teluk, ada yang baik dan sedar akan keadaan, tetapi kebanyakan mereka sombong dan suka mendabik dada. masa terus berlalu, minyak semakin berkurangan, sudah pasti krisis yang lebih teruk menanti mereka di kemudian hari.

PASARAN BERAS NEGARA DAN DUNIA

Ekoran kenaikan minyak dan permintaan dunia pada April yang lalu, Harga Thai White Rice meningkat sehingga 1080 USD per Tan Metrik. Akibat dari itu harga beras di Malaysia meningkat sehingga 37 RM untuk 10 kg. Rakyat panik, kerajaan pun turut sama panik. Langkah drastik telah diambil oleh kerajaan dengan memberi subsidi beras sebanyak .80 sen sekilo. Kali pertama dalam sejarah kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi beras kepada rakyat, kalau sebelum ini, subsidi diberikan dalam bentuk baja padi kepada para petani.

Hari ini, harga Thai White Rice telah menurun kepada 550 USD per metrik tan. Keadaan kembali stabil untuk masa ini, namun tiada jaminan bahawa kestabilan harga ini boleh bertahan untuk selama-lamanya.

KESAN DARIPADA KRISIS EKONOMI.

Krisi ekonomi global menyaksikan syarikat2 gergasi dunia mengulung tikar seperti Lehman Bro. Kemudian diikuti pula dengan pengumuman kerugian oleh pelbagai syarikat seperti AIG, Air Asia, terbaru Honda menarik balik penyertaan dalam Formula One.

Seramai 250,000 warga Amerika kehilangan pekerjaan di sektor swasta. Dalam masa yang sama syarikat2 permotoran gergasi Amerika seperti General Motor dan Ford meminta bantuan daripada White House. Jumlah yang dipohon bukan sedikit, tetapi mencecah 42 Billion USD. Sekiranya bantuan ini tidak diberikan, semakin ramai akan kehilangan pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mengumumkan bahawa negara akan mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 8 Billion RM untuk tahun hadapan akibat daripada krisis ini, tetapi ramai yang menganggap bahawa angka ini tdak tepat dan akan terus meningkat.

KESIMPULANYA

Dunia hari ini, menghadapi masalah kewangan, itu adalah pandangan luaran, namun, masalah yang dihadapi sekarang pada hakikatnya ialah pada teori ekonomi yang dipraktikkan. Kecacatan pada teori membawa masalah dalam mengaplikasi dan seterusnya membawa penduduk dunia menjunjung sedikit sebanyak masalah ekonomi ini.

Thnx to Hamba Allah about all information. Sebagai iktibar untuk kehidupan kita dan peringatan yang kita semakin dekat kepada kebuntuan hidup..herm...

-MrYusSmiLe-

2 comments:

Anonymous said...

hey! what a nice blog u hv here.
n i love ur blog title.
do become 1 of my followers yea.
thanks!

and Happy New Year :)

-Arianna-

Unknown said...

thnx Arianna..
i will...
Happy New Year to..

MrSmiLe