Wednesday, January 7, 2009

Pasang Niat 2009

Kali ni nak posting n3 tentang diri aku...
Cuma kali ni aku nak korang semua jadi saksi pada diri aku, sebab aku nak pasang niat untuk diri sendiri setelah menjelang 2009 ni.. Banyak perkara dan benda aku akan catch up tahun ni.. dan Alhamdulillah semua nya dalam proses.

Niat pertama aku..aku nak berjaya dalam perniagaan yang aku jalan kan sekarang ni.. sebab utamanya aku nak bahagiakan keluarga aku terutamanya MAK. Aku nak balas jasa mak aku, adik beradik aku dan sahabat2 aku kerana sampai sekarang ni mereka berikan aku dorongan dan sokongan untuk aku terus berusaha dan berjaya. Cuma terkilan sedikit sebab aku tak dapat berkongsi niat aku ni bersama Arwah abah, Herm...Hari ni genap 5 tahun pemergian Arwah Abah (07/01/2005 - 2009) .. Semoga Rohnya tenang dan di tempatkan dikalangan orang2 beriman..Amin. Al-Fatihah. Dan pada hari ini juga aku dapat projek yang boleh dikatakan besar bagi aku, Aku bersyukur sangat2..terima kasih atas segalanya Ya Allah.. Semoga rezeki yang kau berikan pada ku tak akan putus2..insyaAllah.

Niat kedua aku...aku nak setelkan hutang2 aku, terutamanya hutang belajar.. aku harap aku dapat setelkan dengan secepat mungkin.

Niat ketiga adalah niat yang aku akan cuba reliasasikan...aku nak bawak mak aku pergi mengerjakan umrah, walaupun mak aku banyak kali menunaikan haji, tapi aku niatkan dalam hati, bila aku dah capai semuanya tahun ni aku nak bawak mak aku kesana jugak..ni niat yang sangat2 aku harapkan dan aku memang teringin mengerjakan umrah..aku dah plan dengan sahabat2 aku yang lain dan mereka setuju..doakan kejayaan aku ok.
Selepas semua tu tercapai..baru aku cari pasangan baru dalam hidup aku untuk di jadikan calon isteri. Masa tu jugak aku akan berikan sepenuh tanggungjawab dan komitmen pada semua perkara, DUNIA DAN AKHIRAT.. dah tiba masa untuk aku berubah untuk jadi lebih baik dari hari ini.


Itu adalah Niat aku dan aku harap dapat mencapainya dan korang semua adalah saksi untuk semua ni..aku perlukan dorongan dan sokongan dari semua orang... semangat dan doa dari sahabat2 aku. Dan ingatkan aku jika aku terleka... Aku gembira dengan kehidupan baru aku sekarang ni dan aku akan hargai setiap titik peluh aku ini semoga aku menjadi manusia yang berjaya dunia dan Akhirat..Amin.


-MrYusSmiLe-

11 comments:

Solehah Muhammad said...

semoga allah mempermudahkan tiap niat dan tugas mu.. amien..

farah, s. said...

al-fatihah.

semoga dapat tunaikan semua impian, niat dll pd tahun ini dan tahun seterusnya.

be a good son! =)

Unknown said...

solehah..Amien.
Terima kasih banyak2 solehah...appreciate sgt2...hya tuhan y dpt bls jasa mu itu..

Unknown said...

Farah..
terima kasih banyak2..
akan terus berjaya dan terus berjaya...
yus doakan agr farah jgk berjaya dunia akhirat...

eL said...

Yus, arwah meninggal sakit apa?

Alhamdulillah, dlm byk2 niat tu, ada niat khas untuk mak. Buat baik dengan mak, segala yang baik akan datang sendiri pada kita, insya-Allah.

Unknown said...

w'salam..
arwah abah tak sakit, cuma kencing manis dan darah tinggi. Arwah abah meninggal pada hari jumaat 7/1/2005 jam 11.30am, meninggal dlm keadaan duduk berehat. Pergi dgn mudah..Alhamdulillah..Allah tunjukkan mcm na manusia y byk amal ibadat kt dunia dan meninggal dalam keadaan y baik2 saja, petang tu jgk dikebumikan sebelum asar dan urusan masa tu mudah saja.. mmg pilu la bl arwah abah tak ada...herm..

betul ckp awk..niat baik dgn mak insyaAllah semuanya baik2 saja..:)

Anonymous said...

Setiap perkara diawali dgn nawaitu.. bermula dgn niat dan keikhlas... (seperti cerita YES MAN)

Solehah Muhammad said...

subahanallah bila baca cerita tentang arwah abah mr.smile meninggal.sungguh itulah kuasa allah yg allah tunjuk di muka bumi sebelum allah tunjuk lagi kat akhirat.semoga kita dapat mengikuti jejak langkah arwah abah mr.smile.

amienn..

Anem Arnamee said...

insyaallah, semoga dipermudahkan emua yg di cita,amin..=)

Anonymous said...

hhmmm..yus
niat y baik dan d sertakan dgn usaha y sungguh2 n tawakkal...
InsyaAllah...apa y dihajati akn tercapai

Yanie sll mendoakan y terbaek buat yus...amiin

Unknown said...

kabus senja -
yep...mcm cite YES MAN..bermla dengan niat dan sglnya sempurna.

Solehah -
InsyaAllah..mmg itu y MrSmile kejar, Dunia dan akhirat.. hrp2 t'capai jgk cita2 MrSmile.

arnamee -
itu y d cita2 kan arnamee.. thnx melawat blog MrYUsSmile.

yanie -
Niat y baik semestinya kebaikan y kita dapat..y pntg kita perlu usaha..itu y penting..:)