Manusia berpuas hati dengan benda-benda yang tidak lama lagi akan fana dan menaruh angan-angan yang panjang dan harapan-harapan dari dunia.
Wahai sibodoh! Tidak patut diperdaya dengan kelazatan mimpi. Siang kamu dihabiskan dalam kelalaian dan malam kamu dalam tidur dan maut sedang menanti kamu.
Hari ini kamu sedang membuat kerja-kerja yang akan menjadikan kamu menyesal dan risau. Di dunia ini binatang-binatang berkaki empatlah yang habiskan masa seperti kamu habiskan masamu.
Dikatakan selepas peristiwa ini belum cukup satu minggu Hazrat Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaihi wafat Jika kamu wahai yang lalai, dengar bunyi jam dengan penuh perhatian. benar-benar ia berkata, 'berkurangan, berkurangan' masamu dari tempoh kehidupan.
Ulama menyatakan bahawa cahaya hati lahir dari 4 perkara :-
1. menahan kelaparan
2. bergaul dengan orang-orang soleh
3. mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan (serta risau)
4. memendekkan angan-angan
Kekerasan hati disebabkan 4 perkara :-
1. makan hingga kenyang
2. pergaulan buruk
3. tidak mengingati dosa yang telah dilakukan
4. memanjangkan angan-angan
Semoga menjadi ikhtibar, amal & sampaikan.
PESANAN UNTUK PENGHANTAR EMEL
- Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105) - "Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
No comments:
Post a Comment