Monday, November 24, 2008
Penantian yang di nantikan...
Hep...!!!Malam ni aku lepak bersama member2 aku...dh lama rasanya aku tak bersama dengan diorang ni..Alhamdulillah. Banyak yang menanyakan khabar dari aku..macam dah berpuluh tahun tak berjumpa..aduiii....aku pun rindu jugak dengan diorang.
Hari ni ada la special sikit sebab di temani 2 orang gadis molek ni...comel banget..yang tudung hitam tu la lagi comel..hehe.
ok... saja je letak gambar 2 gadis ni sebab nak memeriahkan suasan dalam entri aku ni.. huhu.
Alhamdulillah...aku dah discuss dengan member aku pasal blog tu dan aku puashati dan accept projek ni..dia bayar aku dengan bayaran yang ok..not bad..sekurangnya ada lah income bulanan atas angin ni... cuma sekarang ni yang paling aku excited ialah, jemaah surau nak buat projek usahawan muda dengan aku...adalah projek yang nak diberikan...cuma aku just sediakan mereka tapak dan hal2 lain tu aku berikan tanggungjawab pada diorang...aku suruh diorang guna tanah dekat sebelah rumah aku sebagai "main" projek kitaorang..Alhamdulillah..tak sia2 aku lepak dengan diorang. Ada jugak la income lain masuk...sebab apa aku cakap macam tu...sebab nya ialah..diorang sewa tapak tu dan aku turut ada syer dalam projek ni..kira 2+1 la income aku pasni...ya Allah..syukur sangat2 aku hari ni...memang aku tergamam mula2...kelu lidah aku bila diorang bagi cadangan macam tu...memang projek chemical aku pasni jalan mengikut plan yang sebenarlah.. baru siang tadi aku borak dengan cousin aku hal2 macam ni...rupanya ada hikmah di sebalik cerita aku ni... rexeki Allah ada saje dimana2...cuma kena bijak dan sabar je..tapi hasil dia..sendiri mahu ingat.
Ok...kita lupakan dulu bab cite tadi...sekarang ni aku tengah mencari member2 yang ada sijil kementerian kewangan...sebab aku perlukan sangat sijil ni untuk masuk tender kerajaan...kaki2 kerajaan dah ada..cuma aku perlukan sijil saje...aku tengah usaha nak cari ni..sebab peluang ni datang sekali saje..aku pun wat sorang2 dan perlukan assistant untuk bantu aku selepas ni..serius...!! aku perlukan sangat. Ni semua bantuan daripada sahabat2 aku...entah lah..tak tahu macam na aku nak balas jasa diorang lepas ni.. dalam jiwa aku sekarang perasaan yang semacam la..hapy sgt2. Nak menangis pun ada.. sebab tak sangka akan dapat peluang yang sangat lumayan ni..penantian aku selama ni bukan penantian yang sia2... Thanx pada mereka yang amik berat tentang perkembangan aku dari semasa ke semasa.. dan pasni...call korang aku layan baik punya..sebab aku tak nak kecewakan diorang lagi dah..sahabat2 macam ni lah yang banyak membantu kita berjaya dan pada member yang lain..carilah kawan yang macam aku dapat sekarang ni. sebab nak cari kawan yang sempurna memang susah..jadi bila dah bertemu dengan mereka..jaga lah hati mereka dan jangan sombong dan bongkak.. dan aku bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang baik2..syukur sangat2.
-MrYusSmile.blogspot-
p/s - sahabat adalah permata yang memang akan kekal sampai bila2..dan ia takkan hilang walaupun di badai ombak sekalipun. kerana ia adalah tiang yang akan kekal sampai bila2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
akhirnya yus...
usaha dan kesabaran slama ini dh nampak hasilnya..
wishing u all the best yus..
tak sngka la yani...
rezeki terpijak kot..
plan dengan tenang..pilih dgn bijak..
tu je y mampu yus katakan..
waa...bestnye. nk join wat bisnes leh? huhu
insyaAllah..ada rexeki le join ngn yus..
yus ok aje..:)
Post a Comment