Wednesday, March 25, 2009

Berapakah gaji seorang LELAKI yang sepatutnya?

Ada satu perbincangan di Forum Lowyat berkaitan berapakah pendapatan atau gaji seorang lelaki yang sepatutnya di’situasi dunia sekarang. Perbincangan ini di’mulakan oleh seorang perempuan yang meletakkan harapan terhadap kekasih hati’nya untuk memperoleh RM10,000 sebulan sebelum berumur 30 tahun sebagai syarat untuk sebuah kehidupan yang selesa di’masa hadapan.

Sebelum aku baca komen-komen seterusnya dari pembaca di’sana, aku terkesima sekejap kerana seorang lelaki, belum berkahwin sudah di’tetapkan oleh kekasihnya (baca: kekasihnya) untuk memperoleh RM10,000 sebulan. Harapan yang tinggi & bagus tetapi pada aku ia’nya sesuatu yang tidak realistik & sampah.

Jika aku dapat kekasih begini, aku rasa lebih baik aku tinggalkan dari memenuhi keperluan yang tidak masuk akal. RM10,000 sebulan adalah terlalu tinggi untuk seorang yang makan gaji & baru beberapa tahun bekerja. Gaji seorang jurutera baru secara purata adalah RM2,500 dan katakan mula bekerja ketika berumur 24 tahun. Jika setahun kenaikan gaji sebanyak 10% sekali pun, ketika berumur 30 tahun, gaji sebulan kau adalah RM4,429. (Betulkan aku jika aku silap). Jumlah ini sudah cukup banyak jika kau bijak mengatur perbelanjaan untuk sekeluarga.

Apa perlu BMW 3 Series jika kau boleh selesa dalam sebuah Proton Waja atau Perdana? Kenapa perlu makan mewah di’luar setiap hari jika masak di’rumah adalah lebih murah & menyihatkan? Kenapa mahu duduk di’bandar mewah jika kau boleh duduk di’kawasan yang lebih rendah kos sara hidup’nya. Bukan aku menidakkan cita-cita mereka yang mahu kaya, hidup mewah & di’pandang tinggi oleh society, tetapi hidup biar realistik.

Sebenarnya, seorang perempuan perlu melihat dari segi berapa banyak seorang lelaki boleh simpan dalam sebulan berbanding berapa mereka perolehi dalam sebulan. Jikapun lelaki itu memperoleh RM10,000 sebulan, tetapi habis di’belanjakan untuk perbelanjaan yang bukan-bukan (contohnya gadget baru yang tidak perlu, modifikasi kereta yang bukan-bukan, makan mewah setiap hari & rokok yang melampau), ia tetap tidak membawa apa-apa kebaikan ‘kan? Plus, jika seorang lelaki itu kaki kad kredit, selamat datang ke’dunia bercakap tentang duit tidak cukup setiap hari.

Itu belum lagi perbelanjaan seorang lelaki ke’atas kekasihnya. Seperti kes yang di’bincangkan di’sana, pada hemat aku kekasih hati lelaki ini adalah seorang yang high-maintenance mengalahkan kereta Satria aku. Dia ada tulis tentang perbelanjaan rawatan kuku di’salon yang masuk dalam senarai perbelanjaan utama. WTF?!

Meletakkan harapan sebegitu tinggi ke’atas lelaki hanya akan membuatkan seorang lelaki itu merasa tertekan lebih-lebih lagi jika dia sayangkan kekasihnya lebih dari segala. Dan, aku rasa, jika kau sayangkan boyfriend kau, aku tidak nampak duit sebagai perkara PALING penting dalam sesuatu perhubungan. Yang paling penting adalah bagaimana kau berdua menguruskan kewangan dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah berkahwin.

Kau, lelaki, ada kekasih hati kau tetapkan matlamat kewangan kau sebelum berumur 30 tahun?

Kau, perempuan, ada harapan yang tinggi begitu terhadap lelaki?


-MrYusSmiLe-
p/s - Betul ke tidak...??? Pikirkan sejenak akan pengajarannya.
* dari blog sahabat utk sahabat

12 comments:

Anonymous said...

mmm... nak mengiyakan pun tak, nak menidak juga tidak... sgt complicated isu ni..

Unknown said...

sgt complicated erk..pikir la yg logiknya..
x kesah klu laki tu gaji besar, tp cara pengurusan dlm manage kewangan pling pntg..jgn njoy sakan je..tp..simpanan tak ada..orang keke kilang lbh mulia sbb dia tahu mcm na nk manage kewangan, sedangkan gaji diorang berapa kerat sgt..tp bila dh berumah tangga..diorang tahu beringat dan ada solution utk teruskan hidup...so..renungkan..

p/s - pendapat ni dtg dari pengalaman seorang kawan.

Anonymous said...

rm10,000/month
big amount
betul2 dunia materialistik.....

apa yg penting adalah keperluan BUKAN kehendak...

Unknown said...

keperluan seharian yg pntg..cukup akn segalanya...

peratusan hidup dlm rumahtangga yg berlaku penceraian kbyknnya sbb kewangan..that i'm ryt..??

Anonymous said...

yes...u're ryt

dlm umahtangga mesti slh seorg dr pasangan tu kena handle kewangan..means financial controller...
jika di amalkan gaji 4k/month pun dh lebih dr cukup
:)
n perbincangan adalah penting..

Unknown said...

merancang serta memahami..tu yg pntg...jgn taksub akn sesuatu pun x bleh..so..pandai pakai dan pandai buang.

Anonymous said...

Aku tak kesah cari RM10000 sebulan untuk kekasih hati aku, tapi "What would I get in return?"

Bayar harga mahal, barang kena baik. Ini 'barang' ada baik ker? Hahaha..

Kualiti? Dalam 5 tahun, perfomance sama ker tak? (5 x 12 x RM10k = RM600k)

Sendiri mau ingat la.. Relationships are not one-way streets. Kalau si perempuan boleh demand, lelaki pun boleh demand.

Duit banyak mana pun tak cukup. Ukur baju badan sendiri, cermin muka baik-baik.

Kalau RM10000 tuh, boleh dapat tukang masak hotel terhebat, tukang urut yang pakar, layanan di Spa 5 bintang dan 'Ayam' VIP high class. Bolehkah si perempuan ini memberikan itu semua?

Jangan sampai si kekasih lelaki tadi minta deposit balik ; p

Unknown said...

ha haaa... tulah masalahnye klau belanja 10k utk kekasih..klu dapat return takpe...klu x dapat return..?? how come..?? ko sndri d permainkan... so far laki ni sng jd hamba klu dh syg..tapi how about kualiti dlm perhubungan..?? so far dlm hal ni..kita nk cari si isteri yg memahami..bkn mencari pmpuan yg demand akn harta kita..klu lu bankrup..apa lu dpt..?? dapat hadiah bye...bye.....hehehe peace!!!!

poohugly said...

hidup biar realistik...btol. Duit mmg kena ada tp rezeki masing2 kan. Xperlu nk letak syarat. Bila da trima si dia terima la apa yg yg si dia ada.
Kaya duit ni kejap je. Yg pnting amal kita kaya tak..kan?

Unknown said...

yeah!!! u're ryt Pooh..
kaya duit ni kejap je..sbb kaya kasih syg pling kuat...dlm masa yg sama dpt mendorong kpd kemurahan rezeki jgk..

yg PENTING..?? BEKERJASAMA...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

bagi sy la Mr yus..y lebih suka bergandin bahu..dalam keewangn ni..masing2 tolong menolong jagn mengharapkan sebelah pihak je..kesian jgk kt suami@kekasihkan cz dia nk cr duit sara hidup lagi, duit hantran..segala-galanya duit...so, as his sweetheart ringan2kanla beban dia. baru saling sayang menyayang..

Unknown said...

itu bg yg memahami akn kita..klu jns yg x fhm, semua ats kita mcm na..?? So far perkara pertama dlm perhubungan yg Mr Yus akn tya..perkongsian hidup dan kewangan..if they can accept it..Alhamdulillah..klu tidak, cari la jln yg baik utk pergi dr nya. we need somebody yg memahami akn smuanya, kerana bila dh bersama dlm satu kluarga susah senang kena bersama, jika x amalkn sikap mcm tu..nothing to say..sndri mau igt lah..

p/s - Mr Yus suka menduga pasangan..kerana mahukan kualiti dlm hubungan.