Assalamualaikum...
Rasanya aku selepas ini kena focus pada kerjaya aku, bukan bermakna aku akan meninggalkan jejak disini saja... aku tetap bersama dengan jiwa blog aku, cuma aku perlukan masa dan ruang untuk aku lebih serius dan cenderung dalam kerjaya aku, walaupun agak sukar sekarang untuk dapatkan apa yang kita inginkan, tapi aku tetap akan berusaha lebih dan gigih untuk mencapai matlamat hidup.
Lemah gemalai jiwa ini tapi apa kan daya, kena buat jugak walau ada unsur-unsur ketewasan yang aku alami, dunia dulu tidak sama dengan dunia sekarang, semakin lama semakin bersaing bertambah-tambah, bergerak sebelah kaki tapi cuba untuk menggerakkan sebelah kaki walaupun ia nya agak mustahil, ribut bagai taufan yang melanda, ku tetap jua melangkah untuk maju ke hadapan, mundur tidak sekali-kali. Kalah pula jangan sekali, jatuh dan bangkit jika tersungkur, berpaut dengan apa yang ada selagi pautan tapak tangan ini masih kuat menggenggam.
Kuharapkan masih ada yang memahami akan setiap luahan hati ini yang tidak mungkin akan ertinya lagi, ku moon agar dimudahkan akan segala perjalanan ini agar ku tidak mudah berputus asa.
Dari hati untuk diluahkan...
wasalam.
2 comments:
aminnn moga apa yang di hajati jadi kenyataan...=)
SaSalammualaikum sohabat !
Post a Comment