Thursday, April 7, 2011

Coretan

CORETAN BUAT MU YANG DIHORMATI...
Terdetik seketika di dalam hati ku mengenangkan nasib yang menimpa diri ini, kadang-kadang terfikir, apa salah kita, apa silap kita sehingga orang yang kita sanjung melupakan kan kita tanpa sebab dan khabar berita. Sedih bila fikirkan kembali, mungkin dia menganggap aku ini sebagai beban dalam dirinya, mungkin aku ini tidak berguna pada dirinya, mungkin dia menganggap aku ini tiada apa-apa untuk diberikan dan mungkin juga aku bukanlah insane yang tidak pernah  mengenang jasa.
Entah lah. Aku sendiripun tak pasti kerana tiada jawapan dan tidak tahu mengapa perkara ini terjadi, dikala aku kembali untuk bangkit, tetiba aku jatuh tersungkur kembali, kali ini aku tersungkur memang tidak berdaya untuk bangkit kembali seperti dahulu, peritnya bagaikan dicucuk oleh beribu-ribu duri secara perlahan-lahan. Lemah semangatku dan hilang segala tumpuan ku. Kenapa ini semua terjadi???? Aku perlukan jawapan..jawapan sekadar untuk aku merenung dan memuhasabahkan diri ini. Makin aku mencari jawapan, semakin lama fikir semakin sakit kepala ini memikirkan sebabnya, hurm... Apa dosa aku dan apa silap aku?
Selepas solat, setiap kali memanjatkan doa setiap titisan airmata ini jatuh secara tiba-tiba, tak mampu untuk aku hentikan, dengan tiba-tiba aku teringatkan arwah abah yang sememangnya pendorong untuk aku meneruskan perjuangan ini, erm.. dikala aku punyai seseorang yang dianggap Ayah, tetapi kini telah hilang tanpa apa-apa khabar berita, hendak bertanya seperti diri ini berat untuk meluahkan, untuk mencari jawapan seperti aku ini seorang yang terlalu mendesak pula. Entah lah..aku sentiasa merungut bila semua ini terjadi, aku terkapai-kapai mencari jawapannya, tapi jasanya pada ku dulu aku sememangnya hargai, Cuma tidak mampu untuk aku tunaikan, segala kebaikannya aku simpan sebagai petunjuk di masa akan datang, YA ALLAH...kau selamatkan dia, kau lindungilah dia dan ampunilah segala dosaanya..sekiranya aku yang bersalah, kau maafkanlah Hambamu yang lemah ini, yang tidak berdaya, kau berikanlah petunjuk dan hidayah agar aku sentiasa dilindungi dan hindarilah aku dari segala macam fitnah yang melanda pada diriku, hanya kau yang mengetahui segala-galanya Ya ALLAH..kerana kau MAHA MENGETAHUI dan MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...AMIN

p/s – Past is past, never give up..  You can do it Ncek Yus. Rezeki Allah ada dimana-mana, jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman dalam diri ini. Allah itu Maha Adil, permurah dan mengetahui akan segala-galanya, setiap perkara ada hikmahnya, bersabar dan teruskan bersabar selagi termampu..insyaAllah. u will fine ur way back..



3 comments:

wahida said...

salam...lama tak singgah sini...bro sihat?

kenapa ni bro...

stramberrymanis said...

bawak2 lah bersabar encek yus...ni semua ujian darinya.. life is not easy as what we think.. semoga tabah mengharungi hidup ini ye...

Unknown said...

Wahida - salam sis..:) Alhamdulillah, sihat wallafiat. x ada ape lor..hehe..juz meluahkan je...still ok..

Stramberrymanis - betul2..i agree with u, kena laluinya sbg hambanya yg s'tiasa di uji dgn pelbagai ujian..:)