Apa ajee la yeee...
Wednesday, December 9, 2009 by MrYusSmile





Wednesday, December 9, 2009 by MrYusSmile





Posted in: mengomel | 2 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |
by MrYusSmile
Posted in: mengomel | 3 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |
Thursday, December 3, 2009 by MrYusSmile
Sekarang ni aku jarang sangat menegur kawan2 aku dalam YM or FB or MySpace or seangkatan dengannya (berapa byk "OR"daaaa) . Maaflah jika ada yg terkurang atau terasa hati k. biasalah, manusia mana yg tak punya kelemahan, mst ada yg SLACK punye, sama la macam aku. Kadang2 moody jgk. Tapi tak la huduh sgt rupanya klu moody, masih lg bleh b'gurau dngn joke2 GAMPANG aku ni..hehehehe…jangan tak percaya, aku pernah ditegur oleh orang yg mengatakan aku ni tak punya apa2 masalah.. seyes aku menyatakannya. Selalu ayat yg dikata berbunyi sebegini rupa (macam na rupanya erk??) " aku tengok ko ni, macam tak ada masalah je, hepi, suka ketawa dan tersenyum".. lbh kurang gituh la bunyinye..korang imagine la sndri mcm na member2 aku ckp tu, lain org lain cara utk berkatakan. So..korang buat la style apa korang nak..tiruk ke..terjun ke, ada slang Jawa ke..janji bunyiknya macam tu.. pergh!! Korang ni mmg suka tgk luaran aku je yee.. dalam hati ni sapa mau jawab?? Cuba jawab..jawab..jawab..!!! Eden gak yg jawab sndri..huhuhu.. tapi tak ape beb..maintain muda 25…walaupun umur dah genap 28, lagi 3bln beberapa hari lg genap 29thun beb. So..tolong catit ye..wat reminder utk birthday aku nxt year..tak sabar nak hadiah or wish dari korang semua…huhuhu..(kalo dapat)
Ooo…macam nak tukar layout Blog je..may be pilihan putih kali ni amat sesuai ngn konsep aku yg acah2 insaf dan suci kot. Sesuci kasih, sesuci lebaran..eceh!!! Tergedikz plak aku ni, wat malu jadi laki je…hahahahaha.. ok..ok..cool.. ehem.!!! So dalam hal macam ni, dan dengan tajuk posting "MAAFKAN AKU"ni, aku memohon maaf sgt2 kalau ada yg terasa hati dengan aku, mst ada yg tertanya2, nape aku jarang tegur dan tak semesra alam spt dulu…soooo…korang da dpt 35% dari jawapannye kan, harap kemaafan aku dimaafi selalu ok..jangan salahkan ibu yg mengandung, salahkan diri sendiri kalau da memang begini jadinya. Pandai2 lah perbetulkan diri tu yee…hehehe
NcekYus – In the House….Yosh!!!!
Posted in: | 5 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |
by MrYusSmile
Rasanya dah jarang utk aku update BLOG ni, sbbnye tak ada apa yg menarik utk dipostingkan, melainkan ada perkara or cerita yg sgt2 tertarik utk aku ceritakan, paling "koman"pun luahan hati aku ttg kehidupan dan aktiviti harian aku, Cuma skang ni aku tak banyk sgt aktiviti luar, sbb utamanya pun kerana kerja. Yelah, berniaga sendirikan..?? blom tentu kita ada pendapatan tiap2 bulan..Cuma mengaharapkan projek2 yg masuk dan boleh backup utk beberapa bulan saje. So..takkan aku nak tengok duit aku sentiasa mengalir keluar saje, semestinya aku kena topup dan terus menopupnye. Macam biasalah, job government akhir2 tahun ni kurang sebab peruntukan dah habis, so kena lah tunggu next year gamaknye.. insyaAllah, ada rexeki adalah projek2 besar masuk..Amin.
Aku pun dalam keadaan susah sekarang ni, keadaan sedikit gawat sbb ada masalah dalaman dalam company, penat nak pikirkan masalah ni, nak tak nak kena mtk pertolongan kawan2 yg boleh membantu, sedikit runsing tapi masih boleh lagi survive. Aku tak suka tunjukkan sangat moody aku pada semua orang, hanya simpan saje dalam hati. Perwatakan aku semestinya ceria depan kawan2, tapi sebaliknya, hanya DIA saje yg tahu akannya. Tapi aku tetap bersyukur dengan keadaan aku sekarang ni, walau macam na susah sekalipun mesti ada jalan untuk menyelesaikannya..Alhamdulillah sangat2.
Bulan ni betol2 sangap ya amat2..hehehe (boleh lg ketawa) insuran roadtax mati, bayar keta lagi, ni nak ke Sabah 20hb ni, pergh!!!!!!!!!!!!! Nasib baik tanggunjawab tak besar sgt, nasib aku ni tak kuat enjoy. Memang betol2 mencabar jiwa dan raga lah… harap2 tahun depan adalah tahun yg lebih baik daripada tahun ni. Impian tetap diteruskan, walau sesusah mana sekalipun, aku kena maintain ceria dan notty selalu beb…hehehe
Oklah…tak mau ngomel panjang2, bukannya korang rajin bacapun N3 panjang mcmni..wat penat aku menaip je…hehehe..tapi sapa yg baca tu aku berterima kasih sgt2 la sbb sanggup berkongsi luahan dan keluhan hati aku ni, walaupun tak dapat membantu, sekurang2nya lega hati eden ni tau sbb ada yg sggup bersimpati ngn posting Ncek Yus kali ni…wokeh geng!! Be ur self..salam kasih ABADI.
NcekYus – Apa2 aje la ye Ncek Yus…teruskan……janji aku bahagia. Sayang diri aku selalu.
Posted in: | 0 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |
Wednesday, November 18, 2009 by MrYusSmile
Posted in: mengomel | 6 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |
Wednesday, November 4, 2009 by MrYusSmile
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar
mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan
tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti
sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau
"Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia digargai.
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
NcekYus – Mahukan yg terbaik dalam hidup…
Posted in: hidup dengan kesempurnaan... | 1 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |
Tuesday, November 3, 2009 by MrYusSmile
PELOPOR GROUP - Eco kembara 1 MALAYSIA milinium 10' (Sambutan Tahun Baru 2010 di Puncak Gunung Korbu, Ulu Kinta Perak) : 29 Dis - 2 Jan 2010
Gunung Korbu (7,162 kaki dpl), Gunung Gayong (7,129 kaki dpl) dan Gunung Yong Belar (7,156 kaki dpl) merupakan antara gunung utama yang membentuk banjaran titiwangsa . Gunung–gunung ini mempunyai ketinggian melebihi 7000 kaki merupakan antara gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Merasai cabarannya yang di kategorikan oleh kebanyakan trekkers sebagai kategori "Hardcore ".
Cabaran Trip Pendakian kali ini ialah di Gunung Korbu, di atas adalah sedikit info mengenai Gunung Korbu yg merupakan salah satu daripada G7. Mengikut pengalaman seorang pendaki, Treknya mencanak hingga ke G. Korbu, adakalanya trek batu berlumut yang agak licin. Jadi amat menyukarkan bg pendaki, so dalam hal ini, aspek keselamatan haruslah diutamakan.Suhu malam di puncak begitu dingin walau puncak agak dikelilingi dengan pokok-pokok. Kini terdapat batu tanda dipuncak gunung.
Dari Puncak Gunung Korbu. Kita boleh nampak Gunung Chamah -Gunung Ulu Sepat dari arah ke Utara. Gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa. Jalan CH - Simpang Pulai juga boleh nampak. Panorama neon di waktu malam Bandaraya Ipoh dan sekitarnya.
Boleh dikatakan banyak laluan trek alternatif lain utk menuju ke Gunung Korbu, Tapi aku tak berani nak berikan detail mengenai laluan alternatif tu..naya je nanti ada yang sesat...hahahaha.
Dan untuk pengetahuan korang, Club Pelopor akan menyambut tahun baru diatas puncak Gunung Korbu, jadi sesiapa yang inginkan kelainan boleh lah join trip pendakian kali ni, hanya 40 orang diperlukan. Berminat sila inform pada Ncek Yus k. or email me at :my_biz003@hotmail.com
NcekYus - Apa macam..?? ada berani ka....???hehe
Posted in: Pelopor Trip | 0 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |
Friday, October 30, 2009 by MrYusSmile
Posted in: funny video | 5 tukang kutuk,perli & Nasihat. | Links to this post |