Wednesday, March 25, 2009

Berapakah gaji seorang LELAKI yang sepatutnya?

Ada satu perbincangan di Forum Lowyat berkaitan berapakah pendapatan atau gaji seorang lelaki yang sepatutnya di’situasi dunia sekarang. Perbincangan ini di’mulakan oleh seorang perempuan yang meletakkan harapan terhadap kekasih hati’nya untuk memperoleh RM10,000 sebulan sebelum berumur 30 tahun sebagai syarat untuk sebuah kehidupan yang selesa di’masa hadapan.

Sebelum aku baca komen-komen seterusnya dari pembaca di’sana, aku terkesima sekejap kerana seorang lelaki, belum berkahwin sudah di’tetapkan oleh kekasihnya (baca: kekasihnya) untuk memperoleh RM10,000 sebulan. Harapan yang tinggi & bagus tetapi pada aku ia’nya sesuatu yang tidak realistik & sampah.

Jika aku dapat kekasih begini, aku rasa lebih baik aku tinggalkan dari memenuhi keperluan yang tidak masuk akal. RM10,000 sebulan adalah terlalu tinggi untuk seorang yang makan gaji & baru beberapa tahun bekerja. Gaji seorang jurutera baru secara purata adalah RM2,500 dan katakan mula bekerja ketika berumur 24 tahun. Jika setahun kenaikan gaji sebanyak 10% sekali pun, ketika berumur 30 tahun, gaji sebulan kau adalah RM4,429. (Betulkan aku jika aku silap). Jumlah ini sudah cukup banyak jika kau bijak mengatur perbelanjaan untuk sekeluarga.

Apa perlu BMW 3 Series jika kau boleh selesa dalam sebuah Proton Waja atau Perdana? Kenapa perlu makan mewah di’luar setiap hari jika masak di’rumah adalah lebih murah & menyihatkan? Kenapa mahu duduk di’bandar mewah jika kau boleh duduk di’kawasan yang lebih rendah kos sara hidup’nya. Bukan aku menidakkan cita-cita mereka yang mahu kaya, hidup mewah & di’pandang tinggi oleh society, tetapi hidup biar realistik.

Sebenarnya, seorang perempuan perlu melihat dari segi berapa banyak seorang lelaki boleh simpan dalam sebulan berbanding berapa mereka perolehi dalam sebulan. Jikapun lelaki itu memperoleh RM10,000 sebulan, tetapi habis di’belanjakan untuk perbelanjaan yang bukan-bukan (contohnya gadget baru yang tidak perlu, modifikasi kereta yang bukan-bukan, makan mewah setiap hari & rokok yang melampau), ia tetap tidak membawa apa-apa kebaikan ‘kan? Plus, jika seorang lelaki itu kaki kad kredit, selamat datang ke’dunia bercakap tentang duit tidak cukup setiap hari.

Itu belum lagi perbelanjaan seorang lelaki ke’atas kekasihnya. Seperti kes yang di’bincangkan di’sana, pada hemat aku kekasih hati lelaki ini adalah seorang yang high-maintenance mengalahkan kereta Satria aku. Dia ada tulis tentang perbelanjaan rawatan kuku di’salon yang masuk dalam senarai perbelanjaan utama. WTF?!

Meletakkan harapan sebegitu tinggi ke’atas lelaki hanya akan membuatkan seorang lelaki itu merasa tertekan lebih-lebih lagi jika dia sayangkan kekasihnya lebih dari segala. Dan, aku rasa, jika kau sayangkan boyfriend kau, aku tidak nampak duit sebagai perkara PALING penting dalam sesuatu perhubungan. Yang paling penting adalah bagaimana kau berdua menguruskan kewangan dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah berkahwin.

Kau, lelaki, ada kekasih hati kau tetapkan matlamat kewangan kau sebelum berumur 30 tahun?

Kau, perempuan, ada harapan yang tinggi begitu terhadap lelaki?


-MrYusSmiLe-
p/s - Betul ke tidak...??? Pikirkan sejenak akan pengajarannya.
* dari blog sahabat utk sahabat
Post a Comment