Monday, April 15, 2013

500

Wah,,, tak sangka plak posting dah sampai 500 dan termasuk ni kira 501. Apa yg aku merepek ntah sampai banyak macam ni, padahal update entri yg biasa2 aje... he he he..
Tapi oklah.. kejap ON, kejap OFF.. rajin update.. malas biarlah bersarangkan.. tapi oklah daripada tak ada buat apakan? Bagi aku ini adalah sebuah diari perjalanan dan luahan hati secara umum, dimana saya berkongsi perkara yg sepatutnya boleh dikongsi dan diluahkan.. cuma part sensitif tu saya x cerita, sebab itu adalah hak peribadi. Kita berkongsi cerita untuk sama2 merasa pengalaman, ilmu, cara hidup, dan macam2 lagi.. asalkan apa yg kita cerita tidak membabitkan perkara2 yg boleh mengundang kemarahan sesetengah pihak. Ia pun ada lah satu hobi yg sihat, macam saya, bercerita mengenai kerjaya, hobi, minat dalam berniaga dan dalam masa yg sama saya dapat promote dan berkongsi dengan para pembaca semua.
Terima kasih lah kepada anda yg sudi menjenguk.. saya pn x tahu sampai bila boleh update dalam ni, selagi terdaya dan termampu, saya akan teruskan.. mintak maaf jika ada certain part yg mengguris hati pembaca.. mohon ampun maaf.. saya insan lemah.. perlu banyak dorongan dan pembelajaran di muka bumi Allah ini.
May Allah bless You
Cau

Post a Comment