Saturday, November 13, 2010

Rokok itu...eee...


Tengah dok on9 ni..baru aku perasan, yg aku ni dah lama x hisap rokok, walaupun aku tak pernah kata nak STOP SMOKING. aku rasa, rokok kat dlm room aku ni, dah seminggu tak abis lg, mean aku macam dah kurang berminat nak hisap, memang perasaan teringin tu ada, cuma bila rasa nak isap je aku lengah kan, aku abaikan jap..mean benda ni dah set kat kepala otak ni. Bila dah aku abaikan confirm la aku lupa nak isap..ha ha ha ha.. ku baru sedar, 3 hari ni aku x smoking..cayalah...clap..clap..

Aku ni kira social smoker sebenarnya, bila lepak dengan member2 baru aku layan...yelah!! tengok member berasap tak leh tahan la, lagi2 lepas makan..memang nak hisap punya. Tapi bila difikir balik, aku mampu berHENTI, tapi bukan on the spot..perlahan-lahan. Harap di masa akan datang aku terus stop la ye..wish me luck kawan2.
p/s - tgh jalan2 page orang, aku dapat info tentang rokok. Ni yg buat aku nak STOP ni..hu hu hu..click utk tgk info tu ye..:)

Rokok ada sel darah babi

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi..
Post a Comment