Sunday, November 28, 2010

Selesai fasa 1

Penat, letih, lesu, lemah, longlai, tidak bermaya, mengantok dan segala macam la yg berkenaan dengan penat...
Napa penat NcekYus...??

Mana tak penat, baru dapat rehat ni, dari pagi ada agenda lain di Shah Alam, then pas balik dari Shah Alam pergi ke agenda lagi satu. Agenda lagi satu ialah membantu Abang Si DIA berhijrah ke rumah baru beliau. Alhamdulillah..selesai juga fasa pertama aku dengan sebahagian family si DIA, esok pulak masuk fasa ke 2 pulak, Hadir kenduri doa selamat untuk  kemasukan rumah baru pulak. he he he... apa fasa-fasa ni??? he he he..adalah..nanti cerita ok.. tapi bukan sekarang.



Memang bz gile aku hari ni, memang penat kalau tengok orang berpindah ni, bukan penat angkat barang or apa..penat tengok barang banyak, tu yg memenatkan tu...setakat angkat dan letak biasalah tu.


 Masa ni baru lepas setelkan sikit-sikit barang..tu yg sibuk nak tangkap pic semua..saje nak letak kat dalam ni...he he he


Tengah rehat sambil on9 kejap dan layan cite Tom n jerry..ha ha ha...


Lepas tu masing-masing da start flat dah..aku lak yg amik alih take picture candid ni..hehe..da tahap bosan dan mengantok, sambil tunggu tuan rumah balik dari umah sewa dorang.
Lepas Tuan rumah sampai..operasi angkat almari dan rak untuk trip ke 2..aduii.. memang penat, x mampu nak gambarkan dengan cerita ni...sampai da x ada modal nak bercerita... korang layankan je la..korang faham ke tak aku x tau.. mata dah pejam je ni masa menaip..agak2 apa yg terkeluar kat kepala otak ni, aku taip...janji aku dah sampaikan apa yg aku nak sampaikan..janji blog aku ter UPDATE...he he he..

Nyte...ZzzZZzzz...:)

isi spoiler...
Post a Comment