Friday, October 31, 2008


Assalamualaikum semua…

Jam pada waktu sekarang ni menunjukkan pukul 4.29am… aku baru saje pulang dari menghantar kakak aku and her hubby ke pusat Tabung Haji di Kelana Jaya kerana pagi ni mereka akan bertolak ke Tanah suci makkah untuk menyempurna kan rukun islam yang ke5. Aku bertolak dari rumah ke sana dalam pukul 2.30am.. jalan plak lengang gila babas sebab time ni orang memang tak kuar rumah sebab tidur..hehehe.. aku sebenarnya tak tahu apa yang aku nak ceritakan pada korang semua..sebab aku tengah blurr sikit pagi ni…mungkin sebab ada kesedihan di lubuk hati ni kerana terpaksa melihat akak aku dan her husband berpisah sementara dengan kami sekeluarga…melihat anak2 yang masih kecil..rasa pilu… aku yang dah besar panjang boleh menitiskan airmata, nikan pulak anak2 dia . Herm… entah la..mungkin yang kecil dia tak tahu apa2 sangat…mungkin dia fikir mak ayah dia pergi dalam sehari dua..tapi 2 bulan lebih..erm…lama tu.. Tapi tak mengapalah..aku yakin yang anak2 kakak aku ni jenis tabah sebab dididik macam tu… setiap senyuman,ketabahan dan kesedihan pada diri mereka aku dapat rasakan yang anak2 kakak aku ni memang jenis kuat semangat nya.

Kakak aku ni ada 5 orang anak dan yang sulung tu umur dia 15 tahun dan bersekolah di Ipoh. Sekarang ni on the way pulang ke asrama sebab pagi ni ada exam… kiranya masa pergi kitaorang konvoi dan masa balik kitaorang berpecah… mak aku, kak pah dan abang aku terus hantar dia ke Asrama…. Aku pulak satu kereta dengan Kakak sulung aku dan anak dia, kakak bongsu aku plak dengan her husband satu kereta dengan anak2 kakak aku yang pergi Makkah ni dan Abang sulung aku terus pergi ke tempat kerja.

Tapi masa sampai sana memang crowded gila..ramai makwe, mak orang, bapak orang dan orang2 la kat sna..hahahaha.. semuanya dengan satu motif yang sama. Berkumpul dan mengucapkan selamat jalan dan selamat pulang…macam2 la reaksi bila kat sana..bersalaman dan berpelukan serta minta didoakan yang baik2 untuk kitaorang kat sini… ialah…bila lagi kita punya turn..entah sempat atau tak. Teringin sebenarnya nak kesana..Cuma tak termampu lagi still di bebani masalah kewangan dan still not ready untuk kesana..sampai sana niat kena betul, hati kena bersih dan ikhlas supaya bila balik sini dapat haji "mabrur" (betul ke aku eja or bunyinye macam tu..??)..InsyaAllah. Aku macam biasalah….Bila sampai sana mintak di doakan kejayaan aku dunia dan akhirat..berjaya dalam kerjaya dan bisnes. Dan semua lah…satu yang penting tu…aku RAHSIAkan.. dah dapat apa yang aku nak…baru lah aku luahkan…hehehehe..BIARLAH RAHSIA..hanya Allah je yang tahu…

Bila aku tengok gambar2 ni.. Nampak adik beradik aku ramai…tu Cuma sebahagian je yang aku snap tau… keluarga bahagia dan sporting..aku suka keluarga aku sekarang ni… Alhamdulillah aku dilahirkan dikalangan keluarga baik2 dan komuniti masyarakat yang baik2 juga… Syukur sangat2.

Allah…!!Penatnyaaaa….badan aku mula sakit sebab tak cukup rest…hari ni cuti la, dah masuk waktu subuh dah ni..aku mintak diri dulu ok…

-MrYusSmile-

p/s – Keinginan yang sentiasa mengingin…. (pe maksud dia erk..??)



2 comments:

Anonymous said...

insyaAllah selamt pergi dan selamat pulang

Unknown said...

thnx..
tu y yus hrapkan dari kluarga yus...

semestinya...