Sunday, November 2, 2008

Baik untuk aku…baik jugak untuk korang..(LELAKI)

Pagi minggu ni cuaca mendung….menandakan hujan mungkin akan turun…tapi tak tahu la turun ke tidak, tapi kalau turun syoki jugak..mesti best kalau lena di ulit Intan…eceh…Mimpi..huhu.

Bosan jugak kalau pagi2 ni tak ada aktiviti nak dibuat…lemah je badan ni..tadi selepas subuh aku dah wat senam robik kat dalam bilik….berpeluh jugak lah dibuatnya. Aku memang selalu macam ni kalau tiap2 pagi tak buat ape mesti berpeluh punya…bila cite bab peluh ni rasa petang ni nak aje pergi jogging. Tu pun kalau cuaca mengizinkanlah. Aku kalau satu hari tak mula berpeluh..start la badan sakit2. Bila dah sakit malas lak nak buat kerja…badan sakit2, pagi tadi pun sakit jugak kat hulu hati ni…aku Tanya mak aku kenapa…rupanya badan aku dah mula masuk angin dah. Ye la…rest tak tentu…tido tak ikut waktu, macam2 la…adoiyaiiiii….

Perut aku mulai rasa lapar yang teramat sangat, tapi aku dah sarapan pagi air Nescafe dgn seketul karipap…ada la kerepek sikit aku jamah… aku malas sikit nak makn sebenarnya..jaga badan…hehehehe..tapi still gak Nampak besar tang muka ni. Waduh2 waih…aduhai… aku nak cari cara untuk mencengkungkan muka aku ni la, sebab muka aku berbentuk (PETAK). Muka petak ni muka idaman Malaya..hahahahaha… angkat bakul sendiri beb. Ye la…kebanyakan model muka petak…jadi dia punya cutting tu Nampak menarik..hehehe.. Poyos siut.

Tapi aku Alhamdulillah sebab di lahirkan dengan muka yang not bad la…muka orang JAVA ni. Parut2 jerawat je la masalah aku…klau tak dah le jadi model…hehehe. Tapi ketinggian aku still lagi kurang..tak cukup baik untuk menjadi seorang model..tapi bila dengan perempuan aku still lagi tinggi maaaa….huhu.

Mintak maaf kepada pembaca…Hari ni hari untuk aku angkat bakul sendiri erk…saje je buang tebiat pagi2 macam ni..dah tak ada keje nak buat, lagipun sapa lagi nak puji diri ni kalau bukan diri sendiri…betul ke tidak..?? Lagi pun kita kena puji diri kita setiap pagi sebab dari situ kita akan mendapat keyakinan dan bersyukur dengan keadaan kita yang cukup sempurna ni.. dan lagi satu….tips untuk orang kawin untuk para suami...setiap pagi bila bangun pagi..kucup dahi isteri..tak kesah la masa dia tengah tido or dah bangun…sebab kita nak lekatkan kasih sayang kita sepanjang masa pada isteri kita tau…serius..berkesan dan puji kecantikan dia…klau dia tahu masak or not..kita kena puji dia, " pandai masak la sayang ni..abang suka la…hari2 nak makan kat rumah kalau macam ni". Kalau nak tegur masakan tak sedappun kita tegur dengan bernada manja… "sedap lauk ni..Cuma kalau di tambah cili sikit mesti lagi KICK!!!.." macam aku ni suka masak kalau kat rumah, sebab tu mak aku tak risau kalau diorang keluar pegi mana2 or bercuti, sebab dia tahu aku leh survive dan leh sediakan makanan sendiri, jadi sok bila aku dah berumahtangga, aku nak bantu isteri aku masak, (but not every days tau) weekend or holidays.

Sebenarnya dah tiba masa untuk aku pikul tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki yang satu masa nanti akan bergelar suami, sebab aku macam dah bersedia dengan semua ni..Cuma wet tak cukup lagi laaa…huhu. Ape tips terbaik nak kahwin cepat erk..??? sape2 yang ada pengalaman sila berikan tunjuk ajar pada aku ni yang menginginkan kebahagiaan untuk masa depan aku. Semoga niat yang baik akan dibalas dengan kebaikan…InsyaAllah…

Nak membina masjid ni kena serius..klau tak masjid yang kita bina tu tak kukuh dan goyah…jadi macam aku ni…aku nak wat tapak yang baik dan piling yang kukuh..sok bila dah bina insyaAllah ia akan kekal untuk selamanya..dan dalam masjid tu akan sentiasa ada jemaah yang mendoakan kebahagian aku dunia dan akhirat, kegembiraan dan kemurahan rezeki kita, sapa lagi kalau bukan anak2 kita sok, mereka lah jemaah kita sok… sebab tu nak bina keluarga ni kena banyak berfikir dan fikir tanggungjawab dan kemampuan kita. Sebab aku jenis tak suka kawin bila aku sendiri tak ada komitmen dan tanggungjawab, lagipun nak cari calon isteri yang mampu bantu kita dan berkongsi hidup dengan kita bukannya senang.. sebelum kahwin kena la tengok orang tu macam mana. Walau macam na kita mampu sekalipun kita kena duga bakal isteri kita…tengok dia macam na, berkira or tak.. yang penting explanation kena la betul. Kawin bukan untuk hidup setahun dua tau…tapi untuk forever n ever never end. InsyaAllah..dalam masa terdekat ni or next years aku mungkin akan capai ape yang aku hajati..insyaAllah.. bak kata aku banyak kali dalam entry ni… "Niat yang baik akan dibalas dengan Kebaikan". Nawaitu penting…selebihnya pandai2 la kan..

Well….minggu ni, minggu untuk aku cerita perihal tanggungjawab sebagai suami. Sebab aku nak abadikan setiap ape yang aku type dalam entry ni sebagai motivasi pada diri aku sendiri..sebab aku suka baca apa yang aku type ni berkali2. Aku akan cari maklumat dalam buku or pengalaman orang untuk aku berkongsi dengan para2 suami dan bakal suami.. ingat…jangan jadi laki dayus…aku terajang karang…hehehe..

Orang pertama yang aku akan interview ialah en. Zamrie Ismail atau dikenali sebagai Mr EEee.. siap sedia ok EEee… aku akan terjah engko dalam minggu ni..TUNGGUuuUuuuU………………………….!!

Pastu ada lah orang lain yang lebih berpengalaman… hehehe…:)

Cau…..

-MrYusSmile-

p/s – Entry ku cukup panjang kali ni..rugi la sape tak baca. Hehehehehe…. Peace!!

  • Korang jangan la marah kalau aku merepek sikit pagi ni…kasihani la daku ini..aku insan biasa.. :)












4 comments:

Anonymous said...

klu tak angkat bakul sendiri saper lg nk angkat yus.....
towl tak?????hehehe

memang mujarab petua yus bagi ni yus...
insyaAllah klu hari2 buat
lagi bertambah kasih sayang antara suami isteri.....

Unknown said...

hehehe...
tu la...yus nk jadi suami mithali ar..
klau ble la...
doakan ok..
murah rezeki dan segalanya la...
thanx yanie..

farah, s. said...

haha.. xpe2 kalau x angkat bakul sendiri, sape lagi nak tolong angkatkan..ok ape.. menghargai dan mensyukuri nikmat yang allah bagi.. cume jangan sampai terlebih riak sudey..hik3..

oh ye kamu.. thanks pasal info slr tu..

oh br perasan yus dah linkkan my blog.. nnt kite linkkan balik oke..thanks a lot ;)

selamat membina masjid..hehe.. jgn lupe jemput oke ;)

Unknown said...

hahaha...
yus sj je type entri mcm tu.. dlm proses..but not ryt know..

n thnx sbb melawat my blog ok.. xpe.. ilmu pengetahuan tu sm2 kita b'kongsi, nnt klu yus lak bingung utk m'cr pilihan..yus akn buat mcm farah buat..that i'm ryt..??hehehehe

apa hal pun thanx again ok.. pasni kita akan komen mengomen..Peace..!!