10/12/08 – RABU.
Alhamdulillah…aku sentiasa di limpahi dengan peluang keemasan sekarang ini..syukur yang teramat2 sekarang ni. Terima kasih kepada Tuan Haji Jubri kerana membantu aku dan membuka langkah perniagaan kepada aku.. InsyaAllah…aku akan buat yang terbaik selepas ini. Terima kasih jugak kerana memberikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada aku.
Aku redha dengan keadaan aku sekarang dan aku tahu setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadian itu.. dan aku tak pernah kecewa dan menyesal dengan apa yang terjadi kerana setiap yang terjadi ada sebab musababnya. Dan aku tahu dan yakin dengan semua ni.
TAHNIAH aku ucapkan kepada Tuan haji Jubri kerana akan di naikkan pangkat tak lama lagi dan kemungkinan besar dia akan berpindah ke Putrajaya..Khamis ni Sultan Selangor akan berikan Tuan Haji Jubri pingat penghargaan sempena ulang tahun di raja tak lama lagi. InsyaAllah…dalam masa 2 tahun ni Tuan Haji Jubri akan mendapat gelaran Dato'. Aku gembira dengan khabar berita ini dan aku turut berbangga diatas pencapaian beliau.
Dan aku sangat terharu kerana Tuan Haji Jubri ingin menjalinkan ikatan persaudaraan dengan aku dan ingin aku Berjaya tanpa apa2 balasan pun..Tapi aku sebagai insane yang lemah ini..tidak mampu nak berkata apa2, hanya bersyukur dan berserah saja. Hanya Allah saja yang dapat membalas akan kebaikannya…aku harap bila aku Berjaya nanti aku tidak akan melupakan jasa yang beliau berikan. Yang penting kita kena hargai setiap pengorbanan seseorang itu baru hidup ini sentiasa diberkati.
Perginya seseorang tu akan diganti dengan seseorang yang lebih baik, yang memahami dan sentiasa inginkan kebaikan pada diri kita… Berjaya nya seseorang tu semestinya dengan pengorbanan seseorang itu, hargainya kerana peluang sedemikian tak semua orang akan dapat milikinya, so…moral of the story is..hargai apa yang sebelum ini kita tak mungkin akan capai. Dan bila dah tercapai berterima kasihlah akan kebaikannya. Hargainya dengan sikap hormat kita pada nya tapi bukan menindas atau menjatuhkan air muka nya….fikirkan dan renung2kan…ok.
-MrYusSmile.blogspot-
p/s- Aku doakan yang terbaik pada orang yang aku sayang,orang yang ambil berat dan orang yang menghargai akan sahabatnya..yang berikan nafas baru pada diri aku dan hanya Allah saja yang akan membalasnya…InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment