Monday, February 9, 2009

Bruce Lee..waaachaaaaa...!!!!

N3 aku kali menceritakan mcm na bruce lee membentuk abdomen di perutnya, satu hari ni aku saja menkaji bagaimana mendiang bruce lee ni menjaga bentuk tubuh supaya dia kekal sihat dan maintain selalu. layan beb...

"Kekuatan saya datangnya dari abdomen. Ia adalah pusat graviti dan sumber melahirkan kekuatan sejati.’ - Bruce Lee

Itulah ungkapan perkataan yang terpancul keluar dari mulut seorang yang bergelar guru seni mempertahankan diri dan aktor filem terkenal, Bruce Lee atau nama penuhnya Li Zheng Fan (Jun Fan). Pada bulan lepas peminat majalah SENI BELADIRI telah dijamukan dengan bahagian pertama latihan abdomen yang pernah dipratikal oleh mendiang Bruce lee di dalam latihannya. Di dalam bahagian kedua ini pembaca akan mengetahui selanjutnya empat lagi versi latihan abdomen setelah pada bahagian pertama pembaca telah mengenali latihan bangkit tubi (Sit – up).

LEG RAISES (Gantung kaki)

Satu lagi senaman amat disukai oleh Bruce ialah ‘Leg raises’ (senam ampungan kaki), Menurutnya, bukan semua orang mampu melakukan latihan ini kerana latihan ‘leg raises' memerlukan kekuatan tangan dan keseimbangan badan untuk melakukannya. ‘Leg raises’ dibahagikan kepada beberapa versi latihan iaitu ‘Flat Bench’ (papan rata) dan Chin-up-bar’ (palang mendagu).

Bruce menyifatkan latihan ini boleh memberi kesan kepada otot-otot bahagian bawah perut. Dengan menggunakan papan rata, Bruce akan memegang palang besi yang menegak sambil badannya dibaringkan di atas pan tersebut. Kemudian kakinya akan di angkat kira-kira 18 inci dari papan tersebut.

Selepas beberapa saat Bruce akan menurunkan semula keadaan asal. Satu lagi caranya yang dilakukan dengan menggunakan Chin-up-bar. Di situ Bruce akan bergayut diatas palang tersebut dan mengangkat kaki secara lurus pada lingkungan 90 darjah dari sudut perut. Seperti biasa Bruce akan menurunkan semula keadaan asal. Sedikit tambahan dilakuk oleh Bruce pada akhiran latihan ialah Bruce akan menyilangkan kaki setelah memberhentikan secara lurus. Pesanan Bruce sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua, lakukanlah cuma satu versi sahaja.

TWIST (Gelek)

‘Twist’ ataupun latihan adalah latihan gelek yang boleh memantapkan bentuk badan dan perut. Ianya boleh dilakukan secara duduk atau berdiri. Tetapi Bruce memilih versi gelek terbaru yang dipercayai akan memberikan kesan terhadap abdomen. Tujuan 'twist’ dilakukan untuk mendapatkan bentuk V atau love (hati) dan menimbulkan otot-otot di sisi perutnya.

Bruce akan berdiri tegak sambil kaki dibuka pada jarak selari dengan bahu. Kayu atau palang besi diletakkan melintang dibahagian belakang bahu mengikut keselesaan masing-masing. Tangannya pula mendepa kiri dan kanan.

Dari kedudukan itu, Bruce akan menurunkan tangan dari kanan melintang ke kaki sebelah kiri, Bruce juga menggalakkan peha dan kaki kedua-dua belah kaki dikunci. Kemudian luruskan semula kepada keadaan asal permulaannya.

FROG KICKS (Tendangan katak)

Namanya agak pelik tetapi inilah latihan senaman yang di lakukan Bruce yang menjadi sebahagian rutin latihannya. Senaman ini adalah ciptaan Doktor John Ziegler, pernah bertugas di Kelab York Barbell, Pennsylvania pada pada tahun 1960an. Latihan ‘frog kick’ bertujuan untuk mendapatkan bentuk otot pada garisan pinggang dan pada masa yang sama boleh mengurangkan lebihan lemak yang terdapat di bahagian bawah perut.

Caranya mudah, anda hanya perlu bergayut di atas palang mendagu kemudian rapatkan lutut bersentuh dengan dada. Ulanginya sebanyak l5 hingga 20 kali. Ianya diantara latihan perut yang paling mudah dilakukan tetapi ianya sangat efektif.

Bruce berkata: " Latihan frog kicks adalah latihan perut yang paling efektif dan cara terbaik untuk menghilangkan lemak dibahagian pinggang serta perut. Maka tidak hairanlah mengapa saya perlu memasukkanya di dalam latihan abdomen saya."

SIDE BENDS (Lenturan kesisi)

Satu lagi cara untuk mendapatkan bentuk perut yang cantik ialah dengan melakukan latihan ‘Side bends’ (Lenturan kesisi). ‘Side bend’ mirip dengan latihan 'twist’ (Gelek), sasarannya untuk mendapatkan otot-otot di bahagian sisi perut disamping menenggelam lebihan lemak di perut.

Bruce akan berdiri tegak di samping sebelah tangan memegang pemberat. Kemudian kuncikan kedua-dua belah kaki secara lurus dan bengkokkan badan ke sisi mengikut tangan yang memegang pemberat. Selepas itu kembalikan kepada keadaan asal diikuti dengan pemberat dipindahkan ke tangan sebelah. Setiap kali anda membengkokkan badan, pastikan anda menghitung tiap kali penurunan dilakukan.
-MrYusSmiLe-
p/s - Waaaaaachaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....hahahaha

No comments: