Pergh!!! Sempurna sungguh trip kali ni.. thnx to Nurra coz berikn yus peluang utk trip ni, memang betul2 puashati la.
Alhamdulillah, semuanya selamat dan selesai, tak ada apa2 perkara yg buruk berlaku, semuanya dalam keadaan selamat dan perjalanan semua nya berjalan dengan lancar sekali. Cuma cuaca kadang2 tak menentu..musim hujan, so perjalanan ni jadi lembab sikit. Tapi sampai di camp site pada masa yg ditetapkan.. tiba di camp site kami smua terus mendirikan camp utk berteduh dan berehat (walaupun masa tu tengah hujan)..waktu malam nya ada aktiviti suai kenal dan seterusnya masing2 merehatkan diri utk kembalikan tenaga supaya esok pagi kami dapat menyambung kembali pendakian kami. Pukul 4am masing2 sudah bersedia utk ke puncak, tp sebelum itu masing2 perlu mengisi tenaga dgn mengambil sedikit sarapan. seterusnya pendakian dimulakan.
Pendakian ke puncak agak mencabar diri kerana kedudukannya yg amat curam sekali, sayang nya aku semput kerana terlebih mkn pagi....hehehe, walaupun begitu pendakian tetap diteruskan.. selama 2 jam mendaki akhirnya aku sampai kepuncak jua... hilang segala penat ni apabila sampai ke puncak..melihat dunia dari puncak gunung...nyaman dan indah sekali, sayang sekali musim hujan...so..tak dapat la melihat matahari terbit dari puncak gunung...hanya sekadar kabus di pinggiran..pergh!!! macam dekat oversea beb....aku terawang2an..hehehe... selama 45minit berada di puncak, tiba masa utk turun ke camp site. perjalanan ke camp site tidak mengambil masa lama. Sampai di camp site kami semua berehat sebentar sebelum berkemas untuk turun ke air terjun "LATA KIJANG JATUH". Perjalanan amat baik sekali, cuma ada sedikit kerungutan apabila track ke air terjun amat curam sekali, (masa tu aku sangka lepas ke air terjun dan mandi AKU kena daki balik ke track yg sama, TU YG AKU MERUNGUT BEB..KAKI DAH MENGGELETAR SIUT....HAHAHAHAHA...)
3 sekawan yg ceria
tapi sebenarnya ada laluan yg lain dan lebih mudah..iaitu laluan dimana kenderaan pengankut akan mengambil kami disana...memang seronok dan santai trip ni. Bukan saja santai, tapi menjadi salah satu program pendakian gunung pertama dalam tahun 2009 ini..InsyaAllah..ada rexeki dan panjang umur aku akan ikuti trip yg seterusnya, dengar cerita bulan 6 ni ada trip ke GUNUNG STONG KELANTAN. So..berminat tak..??hehehe..yang penting aku menanti kan trip ke gunung KINABALU dan Kasmadi, kerana ada sesuatu yg menarik disebalik perjalanan ke Gunung KASMADI. Yang paling penting dalam Trip ni, aku dah mempunyai teman dan kawan2 baru yang datang dari pelusuk negeri, to group JOHOR, daddy cool team..nice to know u all...dari Group PELOPOR yang menjayakan trip ini, terima kasih atas segalanya, buat NURRA, CT, BRO ZACK,BRO KAMAL(pengasas PELOPOR), BRO 3 Sekawan (kawan CT) dan seangkatan dengannya, terima kasih banyak2 diatas semua ini..dan layanan yg korang berikan pada aku amat2 aku hargai. Semoga trip yg akan datang kita akan bertemu kembali. Maaf jika ada kekurangan dan kesilapan yg aku lakukan semasa trip ini dijalankan. Tapi aku amat2 seronok akan program pendakian ini. Menikmati suasana nyaman dan permandangan yg menghijau..tak boleh la nak kata lebih2, sapa yg sertai tahu lah akan pengertiannya...hehehe...
Amy from Indonesia, Ellys From Sabah & the good man DADDY COOL.
Oklah..sampai sini saja..aku nak type lbh detailpun tk tahu mcm na nk mulakan...just apa yg terkeluar di benak pemikiran aku saja, biasalah...bila dh depan computer ni, kadang2 apa yg aku nk type boleh LOST mcm tu aje..huhu..tapi akhirnya dapat jua aku sampaikan kepada korang semua...just a simple story...tapi cukup la utk di fahami... so..ada sedikit video dan gambar2 yg aku capture. korang layan la ok...ni saja yg termampu utk aku berikan..harap korang suka akannya...tata... wasalam.. cau.
-MrYusSmiLe-
p/s - best!!!best!!!best!!!...tu je la leh aku type...hehehehe
video dari camp site" bunga orkid" selepas turun dari puncak gunung.
4 comments:
wah!!!!!!
epi nampak...
nk gi gunung stong plk erk..??
ati2 saner berhantu..hahahahaha
TAHNIAH 100x... kata org : sakit tapi berbaloi..
seronokye....hilang kjp la tensen2 dok bndar. asek tgk keter je, kdg2 elok tgk pokok ngn sungai (nature). bile la ada pluang nk pi enjoy mcm ni
best siot!
adeh adeh
gempak!
aku suka!
Post a Comment