PELOPOR GROUP - Eco kembara 1 MALAYSIA milinium 10' (Sambutan Tahun Baru 2010 di Puncak Gunung Korbu, Ulu Kinta Perak) : 29 Dis - 2 Jan 2010
Gunung Korbu (7,162 kaki dpl), Gunung Gayong (7,129 kaki dpl) dan Gunung Yong Belar (7,156 kaki dpl) merupakan antara gunung utama yang membentuk banjaran titiwangsa . Gunung–gunung ini mempunyai ketinggian melebihi 7000 kaki merupakan antara gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Merasai cabarannya yang di kategorikan oleh kebanyakan trekkers sebagai kategori "Hardcore ".
Cabaran Trip Pendakian kali ini ialah di Gunung Korbu, di atas adalah sedikit info mengenai Gunung Korbu yg merupakan salah satu daripada G7. Mengikut pengalaman seorang pendaki, Treknya mencanak hingga ke G. Korbu, adakalanya trek batu berlumut yang agak licin. Jadi amat menyukarkan bg pendaki, so dalam hal ini, aspek keselamatan haruslah diutamakan.Suhu malam di puncak begitu dingin walau puncak agak dikelilingi dengan pokok-pokok. Kini terdapat batu tanda dipuncak gunung.
Dari Puncak Gunung Korbu. Kita boleh nampak Gunung Chamah -Gunung Ulu Sepat dari arah ke Utara. Gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa. Jalan CH - Simpang Pulai juga boleh nampak. Panorama neon di waktu malam Bandaraya Ipoh dan sekitarnya.
Boleh dikatakan banyak laluan trek alternatif lain utk menuju ke Gunung Korbu, Tapi aku tak berani nak berikan detail mengenai laluan alternatif tu..naya je nanti ada yang sesat...hahahaha.
Dan untuk pengetahuan korang, Club Pelopor akan menyambut tahun baru diatas puncak Gunung Korbu, jadi sesiapa yang inginkan kelainan boleh lah join trip pendakian kali ni, hanya 40 orang diperlukan. Berminat sila inform pada Ncek Yus k. or email me at :my_biz003@hotmail.com
NcekYus - Apa macam..?? ada berani ka....???hehe
No comments:
Post a Comment