Monday, October 18, 2010

Pencapaian.

Hari ni aku perlukan sesuatu yg baru.. sesuatu aura yg dapat membantu aku mencapai apa yg aku rancang, Pagi ni adalah pagi yg memberikan aku inspirasi dalam hidupku, hidup yg penuh dengan pembaharuan, pembetulan dan penerokaan.
Pembaharuan dari segi attitude diri, pembetulan dari kesilapan diri dan penerokaan dari setiap pengalaman diri. Aku benar2 bersedia untuk menuju ke alam kejayaan, alam yg penuh dengan pelbagai kerenah yg akan membawa ku ke Alam Kemajuan.

Bukan senang untuk ku kecapi semua ini, setelah berhempas pulas dengan pelbagai masalah yg di alami, jatuh dan bangun, kecewa dan sedih..aku bangkit dengan "Aura" yg baru. Aku bersyukur dengan kelemahan yg aku miliki..kelemahan yg membawa banyak erti dalam kehidupan, mengajar aku "ILMU" pembentukan, dari fasa 0 sehingga lah ke fasa "SUCCES".

Harapanku hanya satu, ingin menjadi seorang yg berjaya dari aspek ekonomi dan berjaya dari aspek keagamaan, itulah target aku untuk aku maju di dunia dan di akhirat kelak.. AMIN...

Wallahuaklam..

NcekYus.

2 comments:

idryanie said...

amiin...syukur...syukur...syukur dgn apa yg da dpt n cuba capai apa yg belum dpt...all d best yus

Unknown said...

Amin..

Alhamdulillah... tq Yanie..:)