Friday, November 12, 2010

basikal ekstream

Kali ni masih lagi dalam mood basikal, cuma kali ni kita cite tentang basikal yg dicipta berdasarkan konsep "Engineering".
Sumber: website

Sanggupkah anda untuk menaiki basikal ini sambil bersiar-siar di Taman? Hasil ciptaan Wouter van den Bosch 39, seorang pelajar seni dan bekas Mekanikal Engineer daripada Arnhem,Belanda telah merekacipta sebuah basikal yang unik yang diperbuat daripada barangan hasil pemberian daripada rakan-rakan dan Syarikat jentera berat.

Basikal yang seberat 450Kg ini telah membuat beliau menjadi bintang Youtube dalam sekelip mata gara-gara rakam beliau menaiki Basikal Tersebut dipaparkan dalam Youtube. Lebih 600,000 hits telah beliau perolehi bila video rakaman beliau ditonton oleh pelayar internet seluruh dunia .

Dia mengambil masa tiga bulan untuk menjadikan basikal raksaksa itu bergerak di atas jalan raya dengan menggunakan besi, beberapa tiub, rangka basikal dan sebuah tayar traktor.

Bosch menyukai hobi dalam pengubahsuaian ekstream kenderaan dan ini adalah projek pengajian terakhirnya.


layan ini Video

p/s : Hebat!!! aku memang salute BRO ni..wa caya lah beb.

2 comments:

amin said...

makk ai.. larat pulak nk kayuh beskal cmni.. ni kalo nek bukit uitm konfom tercabut nyawa.. hahah...

Unknown said...

ha ha ha...tau xpe.
jgnkan naik..nak kayuh pedal pun x boleh..baik jln kaki je da smp..ngeee!!