Mungkin kita merasakan kita selamat dan masih jauh perjalanan hidup kita, sedangkan pada hari esok kita belum tentu dapat menikmati kehidupan duniawi ni, jangan kata esok..mungkin sebentar nanti, siapa tahu??
Aku terfikir sejenak, tapi bukan sejenak tu baru hari ini, tapi berhari2 aku memikirkannya, remang bulu roma ini bila memikirkan semua ini, dan kesudahan tetap sama, leka dan terabai..Alhamdulillah..aku cuba untuk wat terbaik dalam diri aku, dan untuk kawan2, aku mahukan perkara yg sama jua, sebelum kita keluar rumah..sebelum kita buat sesuatu..fikirkanlah ia.
Aku mengingatkan kerana kita bersaudara, rumah mu...rumah ku jua...(kubur) dan selepas itu kita di "INTERVIEW" oleh dua malaikat, ditanya..ditanya..ditanya sehingga kesudahannya selepas itu di kumpul dan dihadapkan ke satu lapangan yg luas yg tiada penghujungnya. pemilihan berdasarkan amalan dan amal jariah kita di dunia dahulu...di"hisap" dan di"hitung" untuk ditempatkan pada 2 tempat yang berbeza iaitu SYURGA dan NERAKA. Pilihan anda sudah tentu SYURGA. Betul ke tak? 100% akan memilihnya. Tapi layakkah kita?? So..sama2 kita renungkan bersama.
Sumber : website
p/s - Al-fatihah buat Abang saudara sahabat kita, latif kerana kehilangan Abg saudaranya pagi ini...Al-fatihah.
Note: "Selepas hari ini adakah ada hari esok untukku..??" Sama2 renungkan... cau..wasalam
No comments:
Post a Comment