Friday, June 24, 2011

Mudahnyaa..

Sebelum ni NcekYus ada wat posting pasal NcekYus nak meniaga di Bazar Ramadhan S13 Shah Alam kan..?? Cuma NcekYus x cite nak meniaga apa, juz inform meniaga air aje. Tapi tahun ni menu tetap sama seperti 2 tahun sudah, NcekYus jual air Tebu dan ada sedikit penambahan iaitu air kelapa.
isi spoiler...
Ada la sedikit kesah nak cerita pasal tebu ni, seperti tahun-tahun sudah, NcekYus dapatkan tebu dari orang tengah, bukan direct dari pembekal, then mahal gile plak tu.. sebab seikat (10btg) jatuh RM12.00 bersamaan dgn RM1.20 sebatang. memang cekik darah. Tapi apa nak buat, terima jelah dari x dpt ape, Alhadulillah..tahun ni Ncek Yus dapat yg direct dari ladang...TERBAIK. Seikat jatuh RM5.00, berapa banyak bezanya tu? RM12.00 - R5.00 = RM7.00..pergh!!! Banyak tu. beza RM7.00.
Mana NcekYus dapat contact pembekal? hehe..mudah saje, dari "mudah.my". Seriously memang x pernah terlintas dan t'pikir untuk cari kat mudah sebab mind set dah set, laman web tu juz untuk jual barang2 kegunaan harian,mingguan dan tahunan saje :P . Agak kelakar lah, sebab ramai member tanya, mana dapat supplier? Cakap dari mudah..apa reaksi dorang semua? dorang boleh ketawa..hahahaha.. hampeh tebu betol.. apa pun thanx to Edzrin sebab dia yg suggestkan NcekYus untuk cari supplier tebu ni dekat mudah. Masalah Tebu dah setel, cuma masalah kelapa yg x setel-setel..search kat mudah.my yg keluar kelapa sawit, hehehehe.. perah-perah keluar minyak, x pasal-pasal bagi customer minum minyak, mau naik minyak ar dorang nanti...huhuhu. Tapi apa pun memang mudah.my lah.. terima kasih pada mudah.my kerana memudahkan saya...promote!!
Oklah..tu jela nak cite, nak cite lebih pun penat kome membaca, "Abang...Abang...Abang maluuuu dengan komeee" apapun malam ni final untuk MAHARAJA LAWAK.. NcekYus vote 4 SEPAH & JOZAN. but more 4 JOZAN and better 4 SEPAH...hehe, InsyaAllah..klau diizinkan kesenangan masa lapang, NcekYus akan update lg wokey... cau!!

No comments: