Saturday, February 11, 2012

Assalamualaikum All..
Sedang menanti waktu subuh.. sambil2 tu nak update kejap blog ni.
Dulu..selepas aku clash dengan EX aku, aku penah terniat utk tidak akan mencari pasangan baru dalam hidupku, tapi segalanya berubah setelah datang insan yg pada sedar tidak sedar aku pun telah sama jatuh hati padanya. Cuma pada waktu tu aku x dpt utk meluahkan semua ini kerana ada halangan persahabatan diantara Aku dan Dia. Jadi aku diamkan saja diri ini.. Tapi tidak disangka, Dia pun mempunyai perasaan yg sama seperti aku. Perkenalan kami lebih rapat selepas aku menghantar Dia ke Stesen Bas Pudu.(itu pn atas sebab kawan aku mengharapkan pertolongan aku utk ke sana.) Dari situ mulalah kami bertukar no telefon dan berSMS (ayat...mcm budak2). Macam2 dugaan yg kami tempuh lebih2 lagi berdepan dengan kawan2 yg lain, memang agak tertekan. 
Teringat masa keluar bersama, malam tu dalam perjalanan pulang ke rumah, Kami terlibat dalam kemalangan jalan raya, walaupun tidak seteruk mana, tapi ia benar2 memberikan impak yg sangat hebat dalam diri aku, lebih2 lagi melibatkan orang lain, waktu itu dalam hati berkata, apa2 yg terjadi kepada Dia, aku akan bertanggungjawab dan aku akan jaga dia sampai bila2, mungkin aku tak pernah luahkan apa yg terpendam dalam isi hati ini, tapi itulah yg aku pegang dalam perhubungan ini.. dan sekarang, kami sudah bercinta selama 2 tahun.. aku sentiasa pegang pada prinsip aku, aku akan jaga dia selagi dia bersama aku, memang tidak dinafikan, aku memang tak mampu kehilangan dia kerana dalam masa kami bersama, dia lah pendorong dan pemberi semangat untuk aku teruskan kehidupan ini, dan selepas dia aku rasa tidak ada pengganti lagi, tapi aku redha jika dia bukan milikku dan selepas dia memang aku tak terfikir untuk mencari insan lain, yg aku mampu hanyalah meneruskan kehidupan aku dan capai impian aku... itu saja.
Aku memohon pada yg esa, semoga perhubungan kami kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah.. kerana DIA LAH INSAN YG TERAKHIR BUAT KU.
Wasalam.


isi spoiler...

No comments: