Assalam mualaikum..
Arrrggghhh...!! Urrrghhh...!!! (lain bebenor bunyiknye) ha ha ha..
Cer teka.. cer teka.. Apa masalah gambar di atas tu? Dan apa masalah yg melanda pada diri ini..?
Apa pun... kita baca sedikit info utk tambah ilmu otak kejap.. hehe.
"Penyakit migrain adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang kena serangan migrain sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang2 kala mereka merasa loya dan termuntah. Sering juga mereka juga boleh tahu yang mereka akan terkena serangan migrain, bila mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.
Sebab-sebab migrain adalah terlalu banyak seperti tekanan perasaan, keresahan, kurang makan atau tidur, terdedah kepada cahaya silau atau turun naik hormon semasa haid (bagi wanita).
Doktor-doktor percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut. Penemuan baru juga mengatakan ada ia adalah masalah keturunan (gene). Perubatan moden dapat mengurangkan kesakitan migrain dan juga mencegahnya. Ramai juga yang mendapati kaedah yang mengurangkan stres seperti biofeedback, mengendurkan otot-otot dan pernafasan perlahan-lahan juga bermanfaat.
Seelok-eloknya, dapatkanlah nasihat doktor anda bagi rawatan yang sesuai."
OK...
Dah baca kan? Orait..CUN.. so? tambah sedikit ilmu, sharing is caring, but i'm still crying.. huhuhu..
Ncek Yus tengah di landa MIGRAIN teramat sgt2, mungkin terlalu memikir or tgh cari idea nak tulis entri kat blog ni (padahal x ada kena mengena).
YESS!! SAYA ADA MIGRAIN.. itulah jawapan sebenarnya, memang kerap kena sebab banyak benda nak kena pikir, pikir sana, pikir situ dan pikir sinun.
Cara untuk atasi sakit migrain ni selalu yg saya buat macam ni.
1 - lumur minyak angin kat kepala dan leher sambil cium bau, rasa panas tu buat saya melupakan sakit kepala ni.
2. Mandi air sejuk, berikan ketenangan sambil membayangkan diri ini berada si ALASKA.
3. TIDO.. ok bye.
No comments:
Post a Comment