Monday, September 29, 2008

Berkongsi ilmu....




Assalamaualaikum semua...


Pehalpun aku memohaon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku dalam segala hal. Jika aku terkasar dalam segi bahasa mahupun kelakuan, aku mengharapkan diriku di maafi dan semoga ape yang kita bina akan sentiasa berjalan dengan lancar tanpa ada apa2 masalah. InsyaAllah.
Ok..aku nak bercerita sedikit sebanyak tentang perjalanan kerjaya ku selepas ini.Aku ada impian dan aku ada angan2..bila 2 perkara tu di satukan ia akan menjadi satu semangat utk kita mencapainya. Aku di lahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin hidup secara berdikari. Pemikiran aku kreatif tetapi untuk menjadi kreatif bukannya mudah dan untuk menjadikan ia satu kenyataan pun sama jugak..tidak semudah yang di sangka, melainkan "LUCK"dan usaha yang bersungguh2. Dalam dunia perniagaan ni kita tak boleh tunggu dan kita tak boleh berduduk diam menunggu duit datang dari langit..erti kata lain kena "USAHA" sebab tu aku berani cakap, kita kena kreatif untuk mencapainya. Mungkin setiap orang ada pendapat dan cara serta jalannya yang tersendirikan?? Bagi aku cara aku macam ni.. Lagi pun dalam membina hidup kita tak boleh menyombong dan sentiasa menghargai..konsep hidup macam tu sebenarnya yang kita nak..dari kawan kita tahu sape lawan dan sape kawan..ada kawan yang macam ni...dan ada kawan yang perangainya macam ni..tapi aku benci kawan yang bunuh dari belakang dan mempergunakan kebaikan aku untuk kesenangan diri sendiri..aku memang pantang..sangat2 pantang.. selama aku hidup ni..memang banyak kawan dan lawan yang aku kenal. Begitu jugak dengan bisnes dan kerjaya..Kalau kita tak berani mencuba kita tak tahu ape yang kita minat? tak semestinya ape yang kita study dulu jalannya macam ni..tu hanya ilmu untuk mematangkan diri serta memantapkan lagi pengetahuan kita.. Tapi "PENGALAMAN"jauh mengatasi segalanya. Macam "LUCK" pulak kita kena tengok..mungkin pada nasib kita mungkin pada latar belakang kita. Kenapa orang tu boleh bina empayar dengan mudah???? Kita kena tengok sape dia?dari mana dia dan ape salah silah dia. Dan bagi insan macam aku..sape aku??keluarga aku dan apa yang boleh membawa aku kearah itu. Aku dari keluarga yang sederhana. Cukup makan dan minum. Tapi bukan dari golongan Elit.. Jadi untuk aku capai yang aku nak memang perit sekali. Sebab golongan macam aku kena berhati2 dalam menggunakan duit. Tak boleh boros dan pandai manage kewangan..kadang2 kita terppaksa jadi kedekut sebelum kita jadi pemurah. maksud kedekut aku bukan la sampai kita pentingkan diri sendiri. Tapi berjimat..Tapi jangan la lupa pada sedekah..tu salah satu dari pengaliran rezeki kita yang paling utama dan wajib...setiap ape yang kita buat kena redha dan sentiasa bersyukur...tu yang paling penting...kena kreatif dan bijak mengambil peluang serta ada "PRODUK" yang ingin di sampaikan.

Oklah...tu adalah ilmu yang aku dapat kongsikan dengan korang buat masa ni..sebab banyak sebenarnya intipati yang aku perlu lontarkan kepada korang, sebab kita jangan sesekali kedekut ilmu. Sampai mana sahaja ilmu itu kalau di simpan jika kita tidak sampaikan..takkan nak bawak masuk dalam kubur?? Baik di kongsi bersama, dan dia punya faedahnya ,korang sendiri tahu "LU PIKIRLAH SENDIRI"..Semekom..Lets Gone..


MrYusSmile still Alive...wake up!!

No comments: