Tuesday, March 10, 2009

My Birthdays


tepat pukul 12.00am adalah masa utk aku melangkaui waktu dan masa ke era yg baru. Selamat tinggal 27 dan selamat datang 28. Angka 27 tidak akan kembali utk selamanya dan aku perlu meneruskan hidup yg baru dengan angka 28. 10/03/1981 adalah tarikh kelahiranku dan 10/03/09 adalah ulang tahun hari kelahiranku yg ke 28, ku berterima kasih kepada Maha pencipta sekian Alam, kerana masih memberi peluang utkku bernafas di muka bumi Allah ini dan masih dapat melihat serta menikmati akan setiap keindahan dan kehidupan di dunia ciptaan nya.
Terima kasih kepada "MAK" kerana melahirkan aku dengan susah payah, sakit perit menahan kesakitan dan membesarkanku dengan kasih sayang... hari ini adalah hari untuk aku membalas jasa MAK, jasa serta pengorbanan nya bukan hari untuk menyambut akan kelahiranku. Tarikh ini adalah tarikh khas utk aku mengingati Mak yg mengendong aku selama 9 bulan 9 hari dari sekecil zarah sehingga terbentuknya aku menjadi segumpal darah dan daging, setelah itu lahirlah anak lelaki yang terakhir didlam keluarga ku ini...dan diberi nama "Kamal Yusri Bin Mohamed".

Aku gembira di lahirkan dalam keadaan sempurna, cukup sifat serta di didik dlm keadaan yg secukupnya serta bersama dengan komuniti keluarga yg baik2. Mempunyai keluarga yg terbaik dan hebat2. Mempunyai kawan dan sahabat yg berjaya dan memahami.. itulah hadiah sebenar dalam hidup ku selama ini..dan yg penting, apa yg aku mahukan utk diri sendiri, itulah hadiah harijadiku, hadiah buat Mak, hadiah buat arwah ayah, hadiah buat adik beradik dan hadiah buat kawan2 serta orang yg aku sayang.. SELAMAT HARI JADI BUAT DIRIKU dan Buat semua yg berkongsi tarikh dengan ku..."semoga panjang umur dan dipermurahkan rezeki"...Amin..


-MrYusSmiLe-

p/s - Gembira utk semua orang.
Post a Comment