Monday, February 23, 2009

Paintball

Minat Paintball..???
Sebut sahaja paintball, pasti kebanyakan korang tahu serba sedikit atau pernah mendengar mengenai permainan ini. Namun tentu masih ramai yang belum berpeluang untuk mencuba permainan yang serba lasak ini.

Sukan itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru di negara ini, malah telah wujud sejak 15 tahun lalu. Tetapi ia semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini berikutan keunikan permainannya yang penuh strategi.

Kini, sukan ini menjadi satu pilihan utama di kalangan sesetengah golongan untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Baru2 ini aku mengikuti program permainan paintball ni di TAMAN PERTANIAN MALAYSIA SHAH ALAM. Seronok rasanya dapat jejakkan kaki ini disana, pertama sekali ialah, dapat menghirup udara segar dan menikmati kehijauan hutan, aku memang taksub akan keindahan flora dan fauna ni kerana ia memberikan aku ilham dan ketenangan yang maksima.

Alhamdulillah... Taman ini masih terpelihara dan semakin ramai pengunjung dari pelbagai culture datang untuk menikmati keindahan yang masih terpelihara ini.

Ok...Permainan Paintball ini adalah permainan simulasi reality yang telah lama di perkenalkan, memang seronok gile beb..mencabar dan menguji ketangkasan minda dan stamina diri. Macam mana utk mengalami keadaan peperangan.. kita boleh merasakan ia disini... so..memang susah beb..bila kita didalam peperangan...peluru sesat yang hadir kepada kita memang bertubi2 datangnya...cuba plak klu peluru betul..?? pergh!!! Takut siut..tapi permainan paintball ni memang menyeronokkan..menguji keberanian, ketangkasan dan mengatur strategi.So, bagi sesiapa tak pernah cuba or mengalami nya..korang try la..puashati beb..mau pasni korang gian nak layan game ni beb.

Teringin aku untuk menganjurkan program ni kepada korang semua..tapi korang berminat tak..??? So far, ciri2 keselamatan tu memang sangat2 diambil berat. dan permainan ni tak mengira umur..budak2 kecik pun bole bermain, yang penting "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN..!!!!".

Antara askar2 MrSmiLe yg mengikuti Program ni..MrSmiLe kat depan..biasalah KOMANDO..hehehe

Amacam..??? berminat tak...?? Para bloggers semua..apa tunggu lagi, cuba lah beb..or kita ada kan perjumpaan untuk arrange kan program ni. Tak rugi beb, merasakan pengalaman baru dan bersuai kenal sesama sendiri. Jika berminat, berikan feedback yang baik, nanti MrSmiLe setkan masa dan waktu untuk program paintball ni..ADA BERANI....????hehehehe

oklah... weekend yang sangat2 menggembirakan bagi aku, hope so dapat bersama korang semua jika ada rezeki... cari alternatif baru untuk kepuasan diri beb, Selamat mencuba.. Cau.

MrSmiLe

p/s - ada video dan gambar yg aku tak sempat nk upload..ada masa nanti aku tunjukkan pada korang ok. Salam

4 comments:

poohugly said...

pompuan leh main ke?
kn asek kena tembakje...

Unknown said...

pompuan ada awk...rasanya lg hebat dari laki...hehehe..
jom la..klu nak try...
sekali cuba pasti nak lagi..
hehehe..

farah, s. said...

xpernah main mende ni. mcm nk try je.hehe

Unknown said...

try la Farah..seronok tau sehingga terbawa ke langit ke 7...
hehehe