Thursday, April 9, 2009

3 Prinsip HIDUP..

Seronok bila perjalanan hidup kita semakin lama semakin baik. Segala2nya mudah dan teratur, sentiasa mengikut perancangan yg di tetapkan.. setiap perkara dilakukan dengan mudah dan senang. Sentiasa dalam keberkatan dan sentiasa dalam kasih sayang. Dulu aku memang payah nak menjalani kehidupan sebegini, terumbang ambing dan sentiasa takut akan semuanya.. mungkin dulu aku terlalu focus pada perkara yg tak mungkin aku dapat agaknya..tapi bila perkara tu dah pergi, aku dapat rasakan satu perubahan yg amat besar dan ketara.. Allah ingin menunjukkan sesuatu pada hamba nya ini, dan hamba nya ini akhir nya redha akan setiap dugaan yg di berikan… Mungkin ini satu permulaan atau pertengahannya..sapa tahu, yg penting aku tak perlu takutkan akan bayang2 aku sendiri. Aku dah semakin matang dalam kehidupan aku walaupun ada sedikit kenakalan yg sememangnya sudah sebati dalam jiwa aku… hehe.. apa salahnya ada perangai macam tu kan..?? sekurangnya aku mampu membuat orang lain ketawa dan senang bila bersama aku…ngeeee…

Hehehe..(tersengih sendiri aku bila memikirkan kisah silam) perubahan yg tak disangka.. bukan aku sahaja yg tak percaya, adik beradik aku dan kawan2 aku jugak tak percaya akan perubahan dan perkembangan hidup aku yg baru. Makin di senangi dan di sukai..entahlah..semuanya atas keikhlasan diri sebenarnya, watpe nak berpura2kan…??? Bila orang senang dgn kita that mean kita Berjaya menawan hati seorang insane. Tak kesah lah siapa pun, janji orang suka akan kita.

Prinsip yg aku selalu pegang dalam hidup dan perhubungan:-

  1. JUJUR
  2. SETIA
  3. IKHLAS

3 prinsip yg aku pegang dari dulu sehingga lah sekarang.

KEJUJURAN.. dalam setiap perhubungan perlu ada kejujuran, bukan PEMBOHONGAN. Kita kena jujur dengan diri kita, setiap perbuatan dan tingkah laku kena lah jujur, sebab kejujuran tu satu amanah yg tidak ternilai harga nya, klu hilang kejujuran itu, maka hilanglah kepercayaan diri pada orang lain..bila hilang kepercayaan, nak dapatkan kembali memang payah sekali. So jujurlah pada diri dan jujur pada percintaan dan pasangan anda.

SETIA.. sentiasa setia pada pasangan anda, tema RTM..TEMAN SETIA ANDA..hehe..walau macam na sekali pun..setia adalah salah satu dari kejujuran, tanpa setia tiada kejujuran..betul tak..?? so..korang pun boleh fikirkan apa makna kesetiaan itu. Setia pada yg satu, setiap pada suami, pada isteri pada apa2 pun.. agar hidup sentiasa saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

IKHLAS.. Ikhlas dalam setiap perkara, jangan berbohong sebab akhir nya terperangkap dalam diri sendiri. IKHLAS dalam perhubungan..semua nya tentang perhubungan, IKHLAS dalam percintaan, dalam berkawan dan apa2 aje lah..yg penting setiap sesuatu perkara tu sememangnya IKHLAS..kerana tanpa ikhlas, kejujuran dan kesetiaan takkan wujud, dan tidak lengkaplah akan kebaikan diri itu..

so..macam na..?? dapat tak akn ilmu dalam perhubungan ini..?? ni semua datang dari dalam jiwa aku dan pengalaman hidup aku. Aku bercerita melalui pengalaman hidup yg aku lalui selama ini. Kita JUJUR pada orang yg kita sayang, tapi kejujuran yg kita dapat diberi dengan PEMBOHONGAN, kita jadi insane yg SETIA, tapi kesetiaan itu selalu di perlekehkan, kita IKHLAS dalam perhubungan, tapi keikhlasan itu disalah ertikan.. jadi bila 3 or salah satu dari prinsip hidup aku ni di abaikan..maka aku takkan percaya kan orang tu sampai bila2. Kita akan memaafkannya, tetapi kita tidak mampu utk menerimanya kembali, begitu juga dengan setiap peluang..hanya 3 kali peluang atau perkara yg aku berikan, selepas dari 3, tiada 4 atau 5 atau seterusnya. Kita kena tegas dalam hidup, supaya kita tidak akan sentiasa di permainkan.. macam tulah dengan hidup..walau macam mana sekalipun..kita kena belajar dari kesilapan kita dan pengalaman hidup kita, yang penting pandang dalam hati, bukan pada kecantikan diri yakni rupa paras, sebab bila kecantikan itu rapuh, maka kita telah kehilangan segalanya, tapi bila kita pandang pada kecantikan hati..kita sakit, kita cacat, kita buruk sekalipun, pasangan kita tetap akan JUJUR,SETIA dan IKHLAS dengan kita, kerana aku tak pernah melihat kecantikan fizikal itu sempurna, kerana ada lebih sempurna dari nya..iaitu HATI yg suci. Dan aku benci kan insane yg bergelar "materialistic"..

Alangkah indahnya cinta yang dilandasi keikhlasan, karena-Nya, dan dalam bingkai cinta kepada-Nya. Bukan semata untuk di dunia, tapi pengharapan pertemuan di taman surga.
Bersama.
Selamanya.

MrYusSmiLe

p/s – Jadilah laki yg berani dan Gentlemen beb!!!

Post a Comment