Saturday, January 30, 2010

Jangan berburuk sangka jika mahu kaya

Alkisah seorang wanita
semasa di lapangan terbang membeli sebungkus biskut dan disimpannya di
dalam tas tangannya. Sementara menunggu
waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan
punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, di mana seorang lelaki dia
ada duduk di sebelah wanita tersebut.


Kebetulan tiada lagi tempat / meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minimuman yang dipesan dihidangkan di atas meja di hadapannya, beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.
Wanita itu rasa amat jengkil dan tidak senang hati, apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata, “Enaknya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun.” Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu menambil dan memakannya.
Sakinya hati wanita itu terhadap tersebut bukan kepalang.
Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.
Sehinggalah tinggal satu keping biskut yang terakhir di atas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata, “Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu?”
Setelah beberapa ketika, apabia difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua–sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu!
Seteah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka tas tangannya dan alangkah terkejutnya, di dalam tas tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar, biskut yang dimakan tadi adalah biskut milik lelaki tersebut.

NcekYus - Pengajaran dan tauladan.
Post a Comment