Saturday, November 13, 2010

Geram laa...

Alaaa...korang ni..KANTOI ar..
Tak best la mcm ni, dah bagi kebebasan korang buat mcm ni, jangan la jadi manusia yg tak ada akal dan sentiasa berfikiran sempit, buka minda tu sikit, dah elok2 tempat tu suci dan cantik, korang lagi wat onar..sedey ar aku macam ni. BERTANGGUNGJAWAB sikit beb!!!

sumber : website
BUKIT BROGA

Merungut aku bila aku baca paper, BUKIT BROGA telah dicemari oleh sampah sarap. Aku memang pantang kalau bab2 keindahan ni dorang abaikan dari segi kebersihan, aku ni pendaki tegar, menitik beratkan kebersihan dan keindahan alam semulajadi, sebab diatas tulah tempat aku melepaskan segala tekanan dan mencari ilham, korang senang2 naik buang sampah merata2. mana korang letak OTAK tu erk..?? letak kat kepala lutut yeee..?? Seorang pendaki telah dilatih dan diingatkan, setiap kali naik, barang2 yg dibawa naik seharusnya dibawa turun kembali, contohnya BOTOL AIR MINERAL,PLASTIK,MAKANAN dan lain2 la. Berapa berat sangat botol air mineral tu kalau kosong beb?? bila naik boleh plak bawak yg penuh berisi air..tau penat, tau haus, so...?? macam mana? sapa yg salah..??

Come on la, buang sifat tak bertanggungjawab tu, dah la dunia ni makin lama makin rosak, pemanasan global, pencemaran lagi, mana lagi tempat yg bersih selain dari hutan dan gunung2 yg sedia ada ni? Bukit Broga tu bukan saja untuk pendaki local je beb, tetapi pendaki International pun daki jugak, jangan lah memalukan Negara sendiri. Aku buat posting ni sebagai wakil kepada PENDAKI-PENDAKI dan PENCINTA ALAM mewakili diorang semua untuk menyuarakan suara hati ini.. diharap pada sesiapa yg mendaki or bercamping, harap2 maklum ye, JAGA KEBERSIHAN HUTAN KITA ok.. cau !!

p/s - Next trip..sapa2 dikalangan pendaki lain, kalau ada botol kosong, silalah kutip..bekerjasama beb.
Post a Comment