Sunday, May 15, 2011

Habaran buat anda semua

Salam semua..

Harap u all sentiasa sehat selalu dan sentiasa didalam keberkatan hendaknya. Lama jugak la Ncek Yus menghilangkan diri, hehehe... buka apa, sekadar ingin memuhasabahkan diri ini, mencari ketenangan dan ingin melihat kejayaan dalam diri sendiri. Ceeewah!!! ayat nak power kan.. So macam mana la life u all yee...?? Hope so bagus selalu.

Dalam Ncek Yus menyepi ni, banyak benda dan perkara yang Ncek Yus lalui, seperti insan lain, tak terelak daripada masalah duniawi ni, tapi tak apa lah, kita sentiasa diduga untuk melihat sejauh mana kita mampu menghadapinya, Alhamdulillah.... ncek Yus mampu menghadapinya, banyak agenda baru yang Ncek Yus lalui, bermacam-macam lah, tapi itu ncek Yus punya hal, tak payah la ambil tahu, he he he..sekadar tahu akan khabaran ini sudah cukupkan.

Sebenarnya tengah boring sebab tak tahu nak buat apa hari ni, lebih-lebih lagi keseorangan kat rumah ni, yang lain keluar gi beriadah, mandi manda.. NcekYus je saja tak nak ikut, nak rilex-rilex, mana tak nya, keje siang malam cari rezeki, kumpul harta lagi, nak pump sana, pump sini, nak invest sana, invest sini, semuanya duit, Kalau la duit tu turun macam air hujan, dah tentu korang semua tak payah pening-pening nak cari duit,,,hehehe..tapi adat la tu, nak capai impian waktu muda ni la kena kerahkan segala tenaga yang ada, sok dah tak larat, banyakkan amal ibadat di rumah Allah, tu pun kalau sempat, kalau tak sempat, dari sekarang kena la pandai manage masa dengan duniawi dan akhirat... InsyaAllah, berkat hidup tu sentiasa ada dan tercatit akan amalannya, ingat memperingati sesama kita apa salahnya kan..hehehehe...

Oklah...merapu lak plak.. so..moral of the story, think positive.. peace!!!

wasalam.
Post a Comment