Saturday, October 18, 2008

Roti Jala Oh roti jala...


Pagi ni banyak lak story mory yang aku nak ceritakan pada korang semua.. Pagi ni mak aku tengah sibuk menyiapkan tempahan makanan. Hari ni menu tempahan kita ialah roti jala. Memang best bila dapat makan roti jala ni,lebih2 lagi bila di cicah dengan kuah kari ayam...pergh!!!!layan...tapi yang paling best dengan kari kambing...lagi meletop!!!!
Customer yang order kali ni ialah bekas PA menteri besar selangor SUK..Datuk Yusof Bin Shafie. Rumah dia dekat je dengan rumah aku, dan dia adalah kawan baik arwah abah aku dulu, dia selalu tolong abah aku terutama bila nak dapatkan cop kebenaran untuk aku dan adik beradik aku mendapatkan loan study..huhu...Aku sekeluarga banyak2 terima kasih pada dia. Lagipun arwah abah ramai orang yang kenal dia sebab sikap dia yang paling cool dan penyabar. Ramai yang senang dengan arwah abah.
Ok..kembali kepada roti jala kita ni...entah berapa kilo lah mak aku tengah jala roti ni. Penat pulak aku tengok..nasib baik kakak aku sorang ni memang pandai menjala jugak. Aku pulak tukang komplen dan tukang kacau..hehehe...tak la, aku tukang hulurkan barang je...kalau suruh angkat tong gas ke..kuali ke...periuk ke..aku la orangnya. Upahnye roti jala spesel la aku dapat..hahahahaaaa..kalau korang semua nak rasa ke,InsyaAllah...2/11/08 ni aku buat open house..walaupun raya dah habis..tapi open house tetap berjalan seperti biasa...kira Deepavali punya time la..hahaha..sebab ape aku buat tarikh tu..sebab 25 ni aku sibuk buat ayam golek untuk kenduri member aku dan 26 pulak banyak jemputan kawin..jadi masa tu memang pack gile. Jadi terpaksa la ambik tarikh lain. Lagipun sebagai penutup untuk bulan Syawal..jadi..raikan lah seadanya..
pehalpun...aku ucapkan selamat menyinggah ke rumah rakan dan teman ok, makan la puas2 sebab time ni la kita nak makan free...hehehe...belasah je..janji kenyang dan yang penting anda dijemput kerumah orang tu. oklah...nak buat kerja sikit..see yaaa..

Wasalam..

-MrYusSmile-

2 orang peminat setia Roti Jala...








Kesian betul...sampai tertidur...




Post a Comment