Sunday, December 21, 2008

SeLaMat KoraNg Erk...hehehe



JaaFar,wife & Family

Hari ni 2 kawan karib ku telah menjadi raja sehari..erm...tp..nape bukan raja & permaisuri sehari erk..??huhu..Abaikan..
so..semua nya selesai tinggal berapa lagi erk member aku blom kawin..??Aku dengan Dahrul saje blom lagi, dan aku adalah penutup untuk semua ini, itu yang aku pasti..sebab aku lebih pentingkan kerjaya aku wat masa ni. Lagipun komitmen pada diri penting untuk menjadi ketua keluarga dan untuk berkahwin adalah perkara yang sangat mustahak... Semua orang mampu berkahwin cuma selepas perkahwinan tanggungjawab besar dan aku belum cukup bersedia lagi.
Dalam perkahwinan bukan alam permainan untuk hidup bersama..tapi alam untuk membentuk komuniti keluarga, itu dari pendapat aku la. Melahirkan zuriat yang berkualiti dengan didikan agama dan membesarkan mereka untuk mendoakan kita kelak..itu adalah kepastian untuk aku..itu pendapat aku sekali lagi la...heheh..nak sokong or tidak terpulang..hak masing2.

Tapi memang cukup menarik dan meriah apabila melihat semua kawan2 berkumpul dan kemeriahan tu sentiasa ada. Biasalah..orang glamer memang selalu dikenali...ark..ark..ark..(angkat bakul sendiri). Enaff..!!

Kenduri tadi aku pergi dengan Dahrul,Faiz & wife dia. Sudah menjadi kebiasaan aku dan mereka bila berjumpa keadaan menjadi huru hara sedikit..hehe, Faiz dengan perangai gila lawak lahanat dia..dan dahrul lak gaya ala2 control macho gitu..dan aku lak ada 2 sifat dari dua makhlus halus tu..huhu..so..makan pun boleh nak ketawa..aku memang jenis tak leh cover punya..lagi la meracun..huhu..memang seronok. Owh!! Exco Pendidikan selangor..Dr Halimahpun turut hadir sama tadi..beramah mesra sekejap tadi..huhu.

pergh!! hangat betul tadi..berpeluh2 gak la...selepas selesai...kitaorang terus cau..malas nak tunggu lama dan sepatutnya aku ada aktiviti dekat Putrajaya dengan Dahrul untuk Shot gambar outdoor.. Tapi mamat tu kata malas..so malas la jugak jawpan aku..aku jenis yang senang. Ikut aje...maleh nak cite lebih2..asalkan orang selesa dengan aku cukup..so..aku ucapkan selamat pengantin Baru pada 2 orang sahabat aku Hamdi dan Jaafar serta pasangan...Aku doakan moga dikurniakan Zuriat yang baik2 dan Bahgia selamanya dunia dan akhirat...InsyaAllah.















-MrYusSmiLe-
p/s - Gembira bersama kita kecapi bersama.

Post a Comment