Friday, February 6, 2009

Perginya diringi dengan DOA


Pergi takkan kembali…

terpisah sudah…segalanya, yang tinggal hanyalah kenangan… diiring DOA dan Airmata. Yang PERGI takkan KEMBALI lagi…”.

Itu adalah sebahagian daripada lirik lagu nyanyian dr kumpulan RABBANI.. yep!!! Yang pergi takkan kembali, dan yg hidup harus teruskan kehidupan seperti biasa.. bila kita rindukan seseorang yg tiada di sisi kita.. rindulah dengan iringan Doa. Sebab doa yg kita iringkan akan pasti sampai kepada nya…

So…aku hari ni terkejut sedikit apabila ada seorang teman MS aku yg memang dh lama tak dengar habo berita, tetiba telah kehilangan seseorang yg di sayangi.. seorang lelaki, yakni suami. Tetiba aku terasa terharu akan kehilangan itiu..biasalah.siapa sangka akan semua ni berlaku kan…??? Semua tu kuasa Allah..dia yg tentukan segalanya..datang dan pergi semua dia tentukan…yang kita ni harus bersedia dengan kematian yg entah bila akan kunjung tiba ni..herm…

Mana tahu hari ni aku ada…entah esok lusa aku pulak tak ada… yelah, kehilangan..itu je ayat yg mampu aku luahkan. Yang penting sekarang…sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat saudara Adi agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempat dikalangan orang2 yg beriman. Al-Fatihah….

Oklah sahabat semua… tiada apa yg perlu aku ceritakan lg, Cuma nasihat aku sebagai kawan jua sahabat, selagi kita masih hidup di dunia..cari lah bekalan utk kesana…dunia…dunia..akhirat pun kejar jugak..sbb kita lbh hampir kepada KEMATIAN…semakin masa berlalu, semakin rapat kita kepada MATI… dunia ni tidak kekal..tapi utk teruskan hidup kita kena capai apa yg kita mahukan, tapi dalam apa jua kemahuan yg kita nak…kita mesti berselang selikan dengan amal ibadat kita. Tanggungjawab kita kepada Allah jangan dilupakan..kerana dia yg memberi dan dia juga yg akan menarik akan nikmat yg kita ada…fikir sejenak akan apa yg aku sampaikan Sahabat.. As Salam…

-MrYusSmiLe-

p/s – merasai akan kehilangan tapi cekal akan segalanya..

Post a Comment