Wednesday, April 15, 2009

BapakAyahAbahAbiDanDaddy

korang semua mesti ada "BapakAyahAbahAbiDanDaddy" kan..??(sodap la plak bunyi nye) Semua orang ada..aku pun ada, tapi itu dulu, skang dah tak ada dah, dah pergi dah 5 tahun lepas, pergi menemui yg MAHA Esa. Rindu siut ngan Arwah Abah..Rindu sangat.
Mau aku tak rindu, sebab arwah abah yang terbaik dalam hidup aku, mentor aku sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan contoh yg sangat baik dalam masyarkat bumi ini..hehehe... Abah aku tegas orangnya plus garang (masa muda dulu la), aku ngan arwah Abah sangat rapat, sebab aku la yg paling degil dan nakal serta tidak mendengar kata orang tua "dah macam budak skimam la plak ayat aku ni..huhu". aku la yg paling ganas kena pukul dengan arwah abah dulu, kena pukul dengan penyabu sebab ponteng class..hehehe...herm..sedih bila kenang kenangan tu..memang betul2 melekat dalam jiwa aku, dan hasil yg Arwah berikan pada aku dulu, sampai sekarang dia punya kesan sampingan nya ada, kesannya kita sentiasa beringat dan jadi anak yg baik pada keluarga, dan akhirya sempurna walau diri ini belum sempurna.

Arwah Abah dikenali, kerana kejujuran dia, kebaikan dia,semangat dia dan semua lah, antara IMAM masjid yg dikenali, murah rezeki arwah abah masa hayatnya, susah lah aku nak explain..tapi "he the best person yg aku kenali". orang senang dengan arwah abah. Banyak kesah kebaikan arwah abah di masa hayatnya, dan perginya pun dengan kesenangan dan mudah sekali...herm..aku nak cerita lebih2 pun tak mampu..sebab setiap kali aku ingin menekan setiap butang keyboard ni, mulalah aku rasa sebak..menghayati akan pengorbanan dan perjalanan hidup arwah abah.

Arwah abah akan bantu orang bila orang tu perlukan pertolongan esp orang2 fakir miskin yg inginkan haknya, Arwah abah akan buat sampai orang tu dapat bantuan dari MAIS. tapi selepas Arwah Abah pergi, tak ada pengganti dan insan yg mampu buat lebih baik dari Arwah Abah..herm..banyak sangat cite tentang Arwah Abah ni..sampai aku sendiri tak tahu nak amik points yg mana satu untuk diletakkan didalam n3 aku ni. Entah lah..susah lah...hanya orang yg mengenali saje tahu akan semua ini..untuk diri aku ni, ingin jadi yg terbaik seperti Arwah Abah, tidak semudah yg di sangkakan, tapi sekurang2nya ada kesedaran dalam diri aku ini untuk jadi manusia yg berguna dan baik di mata masyarakat esp keluarga dan kawan2 aku. Well...masa dan waktu berjalan dan setiap lonjakan masa tu, semestinya ada perubahan, jika tak ada perubahan bermakna kita tiada wawasan dan kita tak ada etika hidup pada diri kita untuk maju. So..aku jadikan Arwah Abah sebagai mentor dan telunjuk pada diri aku.

Arwah Abah seperti Mak jugak, ada kelebihan dan tanggungjwabnya sendri, apa sifat yang ada pada Mak, mesti ada pada Arwah Abah, cuma ketegasan dan tanggungjwab Arwah Abah sebagai ketua keluarga sangat2 mencabar, bagi aku Arwah Abah adalah orang yang paling berjaya sekali dalam dunia ini sebab nye dia berjaya melentur dan mendidik anak2nya menjadi manusia yg berjaya dan patuh kepada "Agama". Cuma aku je yg kureng sikit, tapi sekurang2nya jadi gak manusia dari jadi "SETAN"kan..hehehe.

Aku bangga dengan Arwah Abah coz dia insan yang tak pentingkan harta or pangkat, sebab semua yang Arwah Abah buat, dia tak minta apa2 balasan pun, tapi ada aje yg memberi, yang paling aku bangga apabila Arwah Abah dapat tawaran dari Sultan Selangor sebagai gelaran Dato' atas jasa dia selama berkhidmat sebagai Ketua Bomba dulu, (ada cite yg baru aku tahu dari Mak,Abah aku Hero krn dapat selamatkan Telok Intan dari Musnah akibat kebocoran Gas masa tu) tapi Arwah Abah tolak tawaran tu, dan aku tahu sebab kenapa Arwah Abah berbuat demikian, biarlah rahsia...banyak sangat nak aku kongsi dengan korang tentang kebaikan Arwah Abah aku, dan aku harapkan, aku sebagai Lelaki dan anak, ingin jadi seperti "DIA" (Abah) yang ada tanggunjawab dan Lelaki tegas yg penuh kasih Sayang.. Semoga Roh Abah di tempatkan didalam orang2 yg beriman..AMIN... Al-Fatihah.

MrYusSmiLe
p/s - Thanx to Sheikh, dari Blog Satay Kajang kerna siarkan n3 aku yg Bertajuk "Mak"dalam blog beliau, aku hargai sangat2 apa yg beliau lakukan.. Thanx Bro..!!!
Post a Comment