Saturday, July 25, 2009

Ekspedisi Jelawang/Gunung Dabong Kelantan.


Taman Negeri Gunung Stong terletak di Kelantan dan tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia.

Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna, dan gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.

Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air bagi Sungai Kelantan dan memainkan peranan penting sebagai kawalan sewaktu musim banjir dan kemarau.

Antara tarikan di sini ialah air terjun Jelawang, setinggi tujuh tingkat dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia.

Haiwan yang ditemui di sini termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.

info -Tourism Malaysia.

Itu adalah sebahagian daripada info tentang Gunung Dabong… semestinya satu kerugian jika tidak dapat mengikutinya, tapi yg serealitynya, aku tak dpt bersama rakan2 utk menawan puncak gunung itu kerana mempunyai banyak komitmen n tanggungjawab t’hadap kerja. Apa pun aku doakan yg t’baik utk rakan2 sepergunungan aku nnt. Semoga korang semua selamat pergi dan selamat kembali ok. Aku nantikan cerita dari puncak gunung selepas ini. Peace!!!

mrYusSmiLe - Rindu akan kehijauan n hutan belantara, rindu akan desiran n kejernihan air sungai, rindu akan Mentari di fajar pagi dan rindu akan setiap ciptaan yg Maha Esa.

Tips

Usaha memulihara alam sekitar dilakukan di Taman Negeri Gunung Stong, oleh itu pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata yang boleh mencemari tempat ini.


Post a Comment