Wednesday, September 2, 2009

Now Showing..

Spiderman 4 - The Twin Tower.










Pelakon
- Alain Robert.
Heroin - Bini Alain (tiada dlm ini cite)
Orang Jah
at - tak ada
Pengarah - Ncek Yus





KUALA LUMPUR: Alain Robert, lelaki Perancis yang digelar Spiderman kerana gemar memanjat bangunan tinggi, akhirnya berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas hingga ke puncak pagi ini selepas tiga kali mencubanya sejak 1997.

Alain mula memanjat Menara Berkembar setinggi 88 tingkat itu pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa disedari pengawal keselamatan dan orang ramai.

Alain kemudian ditahan polis sejurus tiba di bawah. (sepatutnya dia turun dengan cara yg sama, akibat Cuaca dia turun naik ape pun aku tak tahu...hahahaha..mgkin guna tali lelabah dia kot)

Dalam percubaan kali kedua pada 2007, Robert hanya mampu memanjat sehingga aras 60 sebelum beliau ditahan pengawal keselamatan.

Antara bangunan terkenal pernah dipanjat beliau ialah Empire State Building, Menara Sears dan Taipei 101.

Apa pun Ncek Yus respek sama ini pakcik, kerana berani memanjat smp ke puncak, lbh2 lg pakcik ni di puncak dia leh lagi kibar bendera Malaysia..Ok what??!! drp kibar bendera Perancis...hehehehe. Merdeka!!! Merdeka!!Merdeka!! Pendekar Mustar mari..hehehe.. Caya lah!!

p/s - Alangkah bestnye kalu aku la yg panjat..panjat Gunung berani la..Panjat bangunan mahu longgar lutut dwatnye...ngeee

Ncek Yus

2 comments:

UglyPooh said...

dia ni sgt hebatt. sy tk kisah ngn dia sbb dia tak nyusahkan org. kalo jatuh dia sndiri yg jatuh. janji dia tak pi rompak org, bunuh org ke apa. dia cuma sgt addicted. huhu

eL said...

kekeke...nak cipta rekod sendiri pun kena tahan ek...