Saturday, January 17, 2009

Diari Jiwa Aku


Salam ..

Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Selawat dan salam semoga dilimpah ke atas Rasullullah s.a.w, keluarg dan para sahabatnya. Wa Ba’du.

Khamis – 15/01/09

Tarikh ini adalah tarikh memperingati kesedihan dan kegembiraan didalam jiwa aku dimana buat pertama kali aku mengalirkan airmata kasih yang hadir dari lubuk hati ku sendiri.

Satu penghargaan bagi diri aku dan satu pakage ransangan hidup yang mampu memberikan aku impak untuk aku meneuskan perjuangan aku yang selama ini aku sangka akan terkubur untuk selamanya.

N3 aku kali ni menceritakan perasaan aku yang hadir secara tidak sengaja, dimana aku merasakan diri aku sentiasa di sayangi , dikasihi, diambil berat dan diberikan perhatian oleh sahabat2, kawan2, Adik beradik dan yang penting MAK.

Pertama sekali aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada TUAN HAJI JUBRI BIN HJ JAAFAR kerana banyak membantu dan mberikan motivation kepada diri aku. Insan yang memahami setiap isi hati aku untuk aku Berjaya dan insane yang aku anggap sebagai SAHABAT, KAWAN, ABANG dan AYAH.

Ok..terlalu skima ayat aku diatas tu..be a sempoi guy.. itu adalah mukadimah permulaan n3 dari aku. Aku nak berkongsi perasaan yang aku tak sangka akan hadir dalam jiwa aku secara spontan..memang aku ni berjiwa sentsitif, tetapi ada hadnye.

Entah lah kenapa aku semalam mudah menitiskan airmata ni sedangkan aku ni bukannya mudah bersedih melainkan ada unsur2 kesedihan melanda kepada diri aku ni. By the way ia nya bermula selepas aku mendapat pemberian yang indah daripada Abang angkat aku (HJ JUBRI). Sebuah buku yang bertajuk “LA TAHZHAN” dlm pengertiannya “Jangan Bersedih”. Tak sangka yang aku dapat buku yang selama ini menjadi tanda Tanya bagi aku.. aku just sekadar tahu akan buku “ La Tahzhan” dari laman sahabat2 aku ni (Blog). Tapi tak menyangka akan dapat membaca nya..

Korang tahu tak..?? mesti la tak tahu kan..?? semasa aku dapat pemberian ni aku rasa sangat2 terharu dan hampir menitiskan airmata ni. Herm..entah la..tak sangka ada orang yg lebih menyayangi aku selain kluarga aku..sebelum ini pun aku ada jugak orang sayang aku dan sampai sekarang masih ada..sape lagi klau bukan kawan2 aku..Cuma perasaan kali ni sangat2 pelik bagi aku… entah..ada satu aura yang sangat hebat…mungkin aura yang datang dari keikhlasan seseorang tu kot..wallahuakalam. Or mungkin aku perlu kasih sayang dari seorang insane yang digelar “AYAH”…??

Sudah 5 tahun aku tiada kasih sayang dari seorang ayah..mungkin aku perlukan semangat dan dorongan dari beliau. Takpe la..yang penting aku tahu apa nak buat selepas ni..abaikan.

Seronok membaca buku ni…banyak ayat dan hadis2 yang membina…dan bila menghayatinya..kita mampu mengalirkan air mata, ada ketenangan di sebalik isi buku ni… dan semalam hingga ke hari ni..setiap apa yang aku luahkan dalam doa..secara tak sengaja aku menitiskan air mata…herm…pelik..??tapi benar..selepas tu aku dapat rasakan ketenangan hati aku cukup2 mulus dan sejuk saja..mungkin ada kesedaran dalam diri aku agaknya.. dan kesedaran tu membantu aku untuk memperbaiki setiap kelemahan ini. Seriously aku bkn seorang lelaki yang mudah menangis. Sebab aku ni seorang yang EGO, tapi EGO bertempat. Dan aku bukan lelaki yang cepat melenting dan marah..tapi bila aku marah, bermakna ketegasan aku memang di luar jangkaan. Tapi Alhamdulillah…sejak akhir2 ni..hati aku begitu lembut aja. Aku tak berapa banyak NAKAL dari dulu la..hehehe..sebab aku ni budak nakal dan selalu buli orang..hehehe…tapi sekarang aku terlalu slow..mungkin umur mempengaruhi semua ni dan aku dah semakin matang dalam hidup aku..dan sekarang ni aku lebih seronok membaca tentang kehidupan seharian manusia… tu lah..HIKMAH..HIKMAH yang Allah berikan kepada hambanya (AKU).. kerana Allah masih sayang akan hambanya dan berikan peluang yang lumayan dalam hidup aku.

Yang penting kita kena sedar..setiap yang berlalu dahulu..jangan disangka tiada apa2… sebab Allah akan menggantikan yang baru dan kita sendiri kena explore akan pemberian (peluang) yang Allah berikan itu.. Aku merasakan akan nya..sebab setiap kali AKU mendekatkan diri padaNYA..DIA akan berikan yang terbaik untuk hambanya, dan aku dapat merasakan Nikmatnya…mensyukuri akan Nya dan Nikmatnya serta merasakan akan pemberian rezeki darinya…Alangkah indahnya hidup ini bila kita mula bersyukur akan nikmatnya..:). Tak sia2 aku bersabar dan menanti..dan ini lah jawapan sebenar dalam hidup aku… jalan masa depan aku..jalan peluang untuk aku dan jalan impian aku.. “La…La…La..Laaaaaa……..Tahzhan..”. Jangan..jangan..jangannnn bersedih……walau apa pun yang berlaku pada diri kita selepas ini jangan bersedih… teruskan apa yang kita inginkan.. sebab aku percaya akan perjalanan hidup aku selepas ini..asalkan aku beringat dan bersyukur akan Nikmatnya..aku tahu akan jalannya..yang pnting pegang prinsip hidup…”bila dah berjanji dengan diri sendiri..jangan sesekali kamu abaikan..bila kamu genggam akan amanah..jangan sesekali kamu lepaskan…begitulah kamu dengan janji kamu kepada Allah sebelum kamu dilahirkan dimuka bumi ini”. Pegang prinsip itu..dan aku cuba pertahankan prinsip itu..tiada kesedihan melainkan kamu perlu bersedih..bersedih akan nikmat yang Allah berikan kerana ianya tanda syukur dari kamu…bersedih akan perjuangan dan kegembiraan yang kamu dapat…bersedih akan saudara mara mu kerana mereka turut bersedih… dan aku dah dapat jawapan dalam diri aku..Cuma ia nya masih baru dan jauh untuk aku menggalinya…yang penting..JANGAN PUTUS ASA…

Chaiyok…!!!

-MrYusSmiLe-

Luahan hati Aku yang terpendam….

Post a Comment