Wednesday, January 7, 2009

Pasang Niat 2009

Kali ni nak posting n3 tentang diri aku...
Cuma kali ni aku nak korang semua jadi saksi pada diri aku, sebab aku nak pasang niat untuk diri sendiri setelah menjelang 2009 ni.. Banyak perkara dan benda aku akan catch up tahun ni.. dan Alhamdulillah semua nya dalam proses.

Niat pertama aku..aku nak berjaya dalam perniagaan yang aku jalan kan sekarang ni.. sebab utamanya aku nak bahagiakan keluarga aku terutamanya MAK. Aku nak balas jasa mak aku, adik beradik aku dan sahabat2 aku kerana sampai sekarang ni mereka berikan aku dorongan dan sokongan untuk aku terus berusaha dan berjaya. Cuma terkilan sedikit sebab aku tak dapat berkongsi niat aku ni bersama Arwah abah, Herm...Hari ni genap 5 tahun pemergian Arwah Abah (07/01/2005 - 2009) .. Semoga Rohnya tenang dan di tempatkan dikalangan orang2 beriman..Amin. Al-Fatihah. Dan pada hari ini juga aku dapat projek yang boleh dikatakan besar bagi aku, Aku bersyukur sangat2..terima kasih atas segalanya Ya Allah.. Semoga rezeki yang kau berikan pada ku tak akan putus2..insyaAllah.

Niat kedua aku...aku nak setelkan hutang2 aku, terutamanya hutang belajar.. aku harap aku dapat setelkan dengan secepat mungkin.

Niat ketiga adalah niat yang aku akan cuba reliasasikan...aku nak bawak mak aku pergi mengerjakan umrah, walaupun mak aku banyak kali menunaikan haji, tapi aku niatkan dalam hati, bila aku dah capai semuanya tahun ni aku nak bawak mak aku kesana jugak..ni niat yang sangat2 aku harapkan dan aku memang teringin mengerjakan umrah..aku dah plan dengan sahabat2 aku yang lain dan mereka setuju..doakan kejayaan aku ok.
Selepas semua tu tercapai..baru aku cari pasangan baru dalam hidup aku untuk di jadikan calon isteri. Masa tu jugak aku akan berikan sepenuh tanggungjawab dan komitmen pada semua perkara, DUNIA DAN AKHIRAT.. dah tiba masa untuk aku berubah untuk jadi lebih baik dari hari ini.


Itu adalah Niat aku dan aku harap dapat mencapainya dan korang semua adalah saksi untuk semua ni..aku perlukan dorongan dan sokongan dari semua orang... semangat dan doa dari sahabat2 aku. Dan ingatkan aku jika aku terleka... Aku gembira dengan kehidupan baru aku sekarang ni dan aku akan hargai setiap titik peluh aku ini semoga aku menjadi manusia yang berjaya dunia dan Akhirat..Amin.


-MrYusSmiLe-
Post a Comment