Wednesday, December 24, 2008

Mak,Ibu dan Ummi

Bila aku ingin bercerita mengenai MAK. Aku mest terkenangkan waktu aku kecil-kecil dulu, dimana Mak membesarkan aku dengan sepenuh kasih sayangnya dan pada azalinya arwah abah adalah orang yang paling rapat dengan aku masa tu.

sooo...aku nak beritahu sifat Mak aku yang memang aku kagum smp sekarang.

Mak aku seorang perempuan yang sangat tabah dan mempunyai ciri2 wanita yang aku inginkan. Mak aku cantik dari luaran mahupun dalaman kerana mak aku seorang yang berpegang kepada agama. Mak aku pandai berbahasa Arab dan selalu ajar anak dan cucu2 nya berbahasa arab, cuma aku je yang malas nak blaja..hehe..

Mak aku pandai masak, walaupun masakan dia simple tapi bagi aku rasanya amat sedap sekali..mak aku seorang yang ramah dan disenangi dengan semua orang termasuk kawan2 aku, mak aku penah mengaji dan suaranya penah berkumandang di stesen radio..mak aku bila ngaji dia punya suara memang merdu sangat. Mak aku juga mengajar budak mengaji di rumah dan aku pulak malas nak mengaji..sebab tu aku mengaji merangkak-rangkak..bengong betul aku ni..hehehe..

Mak aku suka bercerita kisah Nabi, kisah percintaan Adam & Hawa, kisah diri dia, kesah asal usul keluarga dan macam2 lagi, sebab tu anak menantu smua rapat dan mesra dengan mak. Sebab mak aku sporting gile. Mak aku manja dengan anak2... mak aku seorang yang tabah dan berani..masa arwah abah meninggal..mak tenang aje hadapinya, tapi aku tahu dalam hati dia macam mana perasaan dan keadaan dia..(aku dah mula kuar airmata plak).

Bila waktu malam aku suka perhatikan mak aku tido sebab ada ketenangan di wajahnya, aku suka kucup dahi mak aku masa dia tidur dan aku suka temankan mak aku solat malam tanpa dia sedari aku sedang memerhatinya.

Mak aku seorang yang rajin,mak aku juga suka berjalan. Mak aku suka binatang terutamanya kucing..mak aku sayang cucu2nya...mak aku sayang aku..huhu..mak aku suka akan pilihan aku..mak aku comel..hahaha..Masa muda muka mak aku macam pelakon. Aku pulak antara anak laki yang ikut muka mak..anak laki lain ikut muka arwah abah.

mak aku..adusss...berapa banyak mak daa..tapi yang penting aku tak pernah jemu panggil mak aku walaupun 1000x dan dari kita lahir sampai lah kehari ini..perkataan MAK adalah perkataan yang paling banyak kita sebut..sebab mak adalah permata yang takkan hilang sampai bila2..kerana syurga itu dibawah telapak kaki IBU. dan mak adalah segalanya bagi kita. Dan ingat..Mati kita nama mak lah yang akan di Bin or Binti kan apabila kita ditalkin dikemudian hari.Ingat...!!! Macam mana sifat mak kita sekalipun..dia tetap mak dan dia adalah insan yang paling sempurna dalam hidup kita, setitis airmata ibu yang mengalir akibat tindakan dan kesalahan kita berapa banyak dosa yang kita tanggung?? So..sapa2 yang pernah wat mak menangis..korang mintaklah ampun darinya...jangan tunggu raya baru nak mintak maaf..hari ni mungkin bukan untuk esok atau berikutnya.

Sebab tu aku terlalu sanjung tinggi dengan mak aku, sebab apa yang dia miliki dan kasih sayang dia takkan luntur sampai bila2. Dan pada aku yang sedang menaip ni, tak ada insan yang mampu membuat aku kecewa dan tergugat kerana kasih sayang aku pada mak, kerana mak adalah segalanya,walaupun aku kehilangan seseorang yang di sayangi..tapi aku tidak merasa akan kesedihannya sebab aku dapat rasakan orang tu tak penting bagi aku, kerana aku ada seseorang yang paling aku sayang dan penting iaitu MAK. Sebab tu aku akan cari seorang isteri yang boleh menggembirakan mak aku, memahami dan selesa dengan kluarga aku dan "ISTERI" yang aku inginkan seperti mak aku, walaupun tak sama tapi sekurangnya aku inginkan seorang isteri yang ada ciri2 mak aku walaupun sedikit.Aku juga akan sayang akan bakal mak mertua aku seperti mana aku sayang mak aku kerana itu adalah prinsip hidup aku. Dan aku bersyukur kerana mempunyai mak yang memahami akan diri aku, dan tiada pengganti selain dia..kerana Mak adalah segalanya buat diri aku hingga keakhir nya...Aku "SAYANG MAK".

-MrYusSmiLe-

Terima kasih pada blog "wadah cinta solehah"diatas entri bertajuk MAK. Kerana memberikan aku idea untuk menghargai kasih sayang aku kepada insan yang disayangi..MAK,IBU dan UMMI.

Post a Comment