Thursday, January 1, 2009

2009 punya cite..n3 pertama

Sekejap je kita melangkah ke tahun baru kan....? Rasa nya 2008 masih baru lagi. Banyak benda dan perkara yang masih aku belum capai..tapi seperti yang aku kata kan dulu..2008 adalah perancangan untuk masa depan aku.. So, 2009 adalah penentu aku untuk mencapai matlamat aku.. Aku gembira kenangan 2008 sudah berlalu dan aku bertemu dengan kehidupan baru aku yang ternyata masih baru lagi iaitu kehidupan 2009 yang penuh bermakna.


Buat masa ni tak banyak sangat aku nak story mory tentang 2009 ni...yang hanya aku bercerita apabila benda tu dah berlaku depan mata aku..baru aku bercerita tentangnya. Skang focus utama aku adalah apa yang aku buat sekarang sebelum perancangan berikutnya terlaksana.. senang cerita, just follow the flow.

Kalau nak diikutkan hati aku nak saja bercerita peristiwa2 lepas..biasalah..klau korang tengok berita or rancangan tv..mseti diorang akan flash back kejadian or perkara yang berlaku pada tahun 2008..hehehe... Tapi tak yah la...sebab banyak sangat kenangan tu, so simpan dalam hati je. Lagipun banyak benda dan perkara aku dah abaikan sebab bagi aku perkara tu remeh temeh dan tak mendatangkan hasil pun.. dan aku gembira ia telah pergi, dan kelegaan tu sentiasa ada didalam hati dan sanubari diri.

So, 2009 aku nak catat sejarah..sejarah dimana aku nak dalam diri aku ialah...KEGEMBIRAAN,KEJAYAAN,KEMAJUAN,KECEKALAN dan yang penting AGAMA, buat masa ni itu yang aku kejar dalam tahun ini..hehehe..
Cuma aku terkejut je bila mak aku tanya..."Yus...apa azam tahun baru ni...??". Kui...kui...kui.. aku cakap la ayat yang kat atas tu..... ada lagi...."Bila nak bawa menantu?". kui..kui..kui..aku jawab.."Ada mak...tengah beratur kat belakang tu...cuma untuk dipilih aje..SMS pling banyak dari yus...dia la yang yus pilih"..wakakaka..mak aku tersenyum saje. Mak aku tahu anak dia ni macam na. Ahhh....!! abaikan bab kawin tu..bagi abang aku sorang tu kawin dulu...baru aku..sebab aku nak jadi penutup untuk semua ni.hehehe.

Aku bab kawin insyaAllah..tak perlu risau sangat..sebab ramai lak yang nak sponsor. Dari khemah, kad jemputan dan photographer ada yang nak sponsor..tapi klau tahun ni aku dapat apa yang aku nak..aku suh mak aku sewa hotel aje..senang..kaki-kaki hotel ramai dan ada kenalan yang boleh bagi best price dan package untuk majlis kawin aku sok.so..aku tak risau sangat..cuma stand by duit hantaran saja.hehe.. dah..dah... bila tiba masa dan jumpa dengan pasangan yang betul2 tulus ikhlas dan jujur dengan kita baru boleh cerita...

Okkey.......Cukup buat masa ni. N3 tak leh type pepanjang, nanti kome boring plak.. So..Selamat mengecapi tahun baru seadanya.. semoga tahun 2009 ini adalah yang terbaik dari tahun-tahun yang sudah...TAKBIR!!!

-MrYusSmiLe-
Post a Comment