Wednesday, October 7, 2009

Peringatan Pada Diri Kita Juga.

Korang rasa..Kejadian Gempa yg berlaku di Padang dan Jampi Sumatera pada 30 September tu adalah akibat kejadian alam ke? or secara spontan saje..?

Selepas membaca posting dari blog sahabat aku iaitu "Mengenal Dunia & Isinya" baru aku sedar, kejadian ini berpunca daripada diri kita sendiri, kelalaian kita, tanggungjawab kita pada Allah S.W.T. yg terlalu leka serta terabai dgn kehidupan yg penuh dengan kemaksiatan, peperangan dan keruntuhan ahklak yg tinggi dan sememangnya membawa manusia terjerumus ke kancah KEMUSHAHAN.. disini ada sedikit info tentang kejadian Gempa dan sedikit persamaan yang telah dicatat didalam Al-Quran, sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera.

  • Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi 
  • Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
    7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” 
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

So..dalam hal ini kita sendiri harus berfikir kenapa semua ini terjadi dan diharapkan, ianya dijadikan iktibar pada diri kita, hari ini dan hari yg mendatang. Wallahuaklam.

Ncek Yus - Beringat Sebelum Terkena. FIKIRKAN...

2 comments:

UglyPooh said...

yg sy tau...bumi mmg ada lingkaran dan gerakn dia pd satu2 masa. so akn trjdnye tanh runtuh n gempa bumi baga.its normal. yg mnjadi masalhnye zmn sekrg those incident happen sgt kerap. ini sbb bumi merajuk ngn aktiviti manusia yg xsyg bumi.

dan yg pnting...ni smua kuasa Tuhan. samada berkait tak ngn ayt al-quran tu wallahua'lam. tp xmustahil

Unknown said...

Ye betul..
tapi setiap yg berlaku tu ada sebabnya kan..??

klu ikut pd kajian yg dwat oleh penkaji bumi ni, semua tu berpunca dr aktiviti manusia..dan tidak di nafikan aktiviti pembangunan jugak adalah penyebab utama ekosistem bumi terganggu.
Tapi dlm Quran ada tertulis bermacam2 kisah ttg kejadian alam dan sbb berlakunya semua ini.

cthnye spt TSUNAMI.. apa yg kita pelajari drnya..?? Terlalu byk noda dan dosa, sedangkan Acheh penduduknya ISLAM. dan selepas kejadian tu baru mereka takut dan sedar akn semuanya..kesedaran tu dtg..sbb tulah Hukum HUDUD di wujudkan di sana.

juz sharing.. fikirkan.