Sunday, December 27, 2009

RM 1 untuk seekor TIKUS

Shah Alam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi seekor tikus yg ditangkap di kawasan pangsapuri seksyen 16 sempena "KEMPEN 3K" iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu.

Tujuan ganjaran wang tunai ditawarkan sebagai galakan supaya penduduk dikawasan sekitar mengambil bahagian dlm kempen itu, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Mokhtar Hani berkata "Kita tawarkan RM1 bg setiap ekor tikus yg ditangkap di kawasan pangsapuri terawal dibina di Shah Ala mini utk memastikan kempen 3K itu Berjaya" katanya ketika melancarkan kempen 3K dikawasan itu hari ini.

Bagus jugak dibuat kempen sebeginikan…?? Sebab byk sgt tikus yg montok2 bermaharajalela di tempat kita sekarang, bkn saje kat pangsapuri, tetapi kawasan2 kedai makan, rumah, longkang dan mana2 saja la, mst ada saje tikus yg acah2 hamster ni b'keliaran… pergh!!! Penyakit siut. GELI MAT!! X kuasa aku membayangkan ketika menjamah makanan. So..ada sesiapa nk wat part time tu..gi la join tangkap tikus kat sana, RM1 tu beb..klu dapat 10 ekor..?? dah dpt RM10 sehari..leh wat bisnes PEST control la pasni. Hehehe.

Ncek Yus – Macam2 ada..he..

2 comments:

eL said...

Errkk...nape buat kat Shah Alam. Kalau saya masuk, mesti saya kaya muehehehe!

Unknown said...

eh..? Bkn awk takut tikus ke..?? or tikus adalah binatang kesayangan mu? hehe..apa pun...saya pun takut ngn tikus..hehe