Sunday, December 27, 2009

MUSIM

Musim akhir tahun.

Setiap tahun kita mesti akan digemparkan insiden2 yg sgt mengejutkan dan mengerikan terutama sekali insiden yg berkaitan dgn kemalangan Jalan Raya yg membabitkan bus. Hari ini (AHAD 27hb Dec 2009) berita mengenai "10 MAUT tragedi Bus Express". Herm..sgt memilukan. Punca kemalangan akibat pemandu bus mengantok. Bila mengantok dah tentu terlelap dan pastu merempuh pembahagi jalan dan mengorbankan 10 orang penumpang, lebih mengerikan ada penumpang putus kepala dalam nahas berkenaan. Berita selanjutnya click sini.

BAS ekspres dua tingkat yang terkoyak di bahagian tepi apabila merempuh besi pembahagi jalan yang kemudian merodok tempat duduk bawah mengakibatkan sepuluh penumpang terbunuh di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara pada awal pagi semalam

Haduiiii!!! "mengantok"..?? dalam hal ni siapa perlu dipersalahkan..?? Pemandu? Pihak Syarikat or jadual trip bus? Sebenarnya dalam hal begini, setiap kecerdasan pemandu perlu di titik beratkan, kerana ia membabitkan nyawa org lain, yelah..kerana seorang punca, yg lain terkorban. Bukan kita nk menyalahkan pihak pengurusan. Tetapi ia adalah kepentingan dan keselamatan penumpang. Memang la orang akan kata "dah ajal nya dalam keadaan mcm tu". Tapi adilkah bagi mereka yg telah pergi? Jangan hanya mengejar keuntungan saja, tetapi fikirkan orang lain juga. Bila hal begini terjadi, byk pihak yg bersedih.

Tapi aku tak menafikan cara pemanduan pemandu bus ni, bawak laju gile, kadang2 mereka di highway suka RACE sesama sndri. Pergh!! Ganas… penah dulu masa balik dr Penang ke Klang. Bus yg aku naik hampir2 tersasar ke laluan sebelah, terkejut gile aku..tapi Alhamdulillah nasib baik tak jadi pape, syukur sgt. Bagi pemandu dan Syarikat pengurusan, diharapkan ambil la iktibar diatas kejadian sebegini, sebab dah byk sgt kejadian sebegini terjadi, ingat lah orang yg tersayang. Mungkin bukan kita yg terkena, tetapi akan datang kita tak tahu plak bila akan terkena dan mungkin bukan kita, tetapi orang yg kita sayang yg terkena. So…renung2kan.

Ncek Yus – Ambik la IKTIBAR.

Post a Comment