Saturday, November 13, 2010

Bermula dari hobi dan minat

Menarik jugak tajuk diatas tu ye NcekYus...??

Ok.. Aku tujukan benda ni pada diri aku dan korang sebagai advice lah, tapi lebih kepada aku sebab itu yang aku alami sekarang ni. Setiap perkara bermula dengan nawaitu kita, yakni hobi kita serta minat yg mendalam, tak kira lah apa jua benda dan perkara yg kita buat semuanya dari situ.

Contohnya aku..
Aku bekerja sendiri kerana memang minat aku untuk berniaga. Apa alasan yg aku boleh berikan pada korang napa aku suka bekerja sendiri?

Alasan :
  • Aku tak suka diarah oleh orang lain (BOS)
  • Kerja bagai nak rak tapi gaji macam tu je, mean aku tak suka orang tentukan gaji aku dan berapa byk dia nak letak.
  • Aku tak suka redah jem dan tergopoh gapah nak keluar rumah.
  • Aku suka kerja yg bebas dan tekanan pada diri sendiri dan bukan dari orang lain.
  • Aku nak masa aku terluang dengan hasil usaha aku sendiri, tak kesahlah kalau satu hari tu aku kerja mencangkul untuk dapatkan duit, asalkan apa yg aku dapat semua dari titik peluh aku sendiri.
  • Aku boleh multiply kerja aku dengan bermacam2, boleh on9 sesuka hati, boleh buat kerja mengikut masa aku, boleh cuti pada bila2 masa, boleh travell mengikut kemampuan aku.
  • Yang paling utama, aku boleh luangkan masa untuk family aku, anak-anak aku dan amal ibadat aku, sebab aku nak apa yang aku rancang mengikut kemahuan aku.
tu adalah salah satu dari alasan aku, sebenarnya lebih dari itu. Tak dinafikan, dari minat lah segala2nya bermula, aku sampai sekarang masih berpegang dengan kata2 sahabat2 aku, seorang photographer.. dia kata macam ni "Start dari minat ambil picture orang, then kumpul gadget dan asah skill, dan dari situ lah kita boleh mendapatkan hasilnya, Hobi yg mendatangkan DUIT". Lebih detail aku terangkan pada korang..macam gadget yg dia perolehi sekarang ni semuanya dari hasil tangkap gambar orang kawin, dan duit tu digunakan untuk upgrade gadget2 dia, mean bkn duit tu dia pakai untuk buat duit poket , tapi beli barang2 camera, kerana itu adalah hobi dia dan dalam pada masa yg sama, benda tu dah boleh dijadikan sebagai kerjaya yg profesional..betul tak..

Itu adalah pendapat aku, mungkin pendapat korang lain..tapi aku just SHARING and GIVING apa yg aku ada untuk korang faham. Bemula dengan hobi, tanpa disangka akan ada keuntungannya..mana tahu.. cau.

p/s - janga mengharapkan sesuatu yg BESAR, bila tak dapat hasilnya KECEWA tak bertempat.just usaha dan cuba tanpa mengalah..:)

No comments: