Assala mualaikum..?
Baru2 ini penuh di wall facebook mengenai "VIDEO" budak samseng yg membelasah ketua kelas.(SAKIT HATI TENGOK) Apa kes?? dalam hal ni siapa yg perlu dipersalahkan? Adakah cara didikan anak atau didikan guru? Atau kebodohan anak yg acah2 digelar "Man Todak" tu?
Cuba kita cari jawapannya...? Bagi aku Ibu Bapa kena main kan peranan dalam semua perkara, Guru di sekolah hanya mengajar, walaupun ada guru disiplin dan perlu diingat. Berapa ramai pelajar yg cikgu disiplin perlu pantau.. ramaikan? Tak ke bermasalah jika 1 cikgu pantau beratus2 anak murid. Memang tak terlayan.
Sebab bagi aku, masalah ini berpunca dari AKAR.. jika akar tidak disiram dan dibaja dengan betul, maka hasilnya sgt tidak memuaskan. Tapi jika disemai, dijaga dengan rapi..In Sha Allah.. hasilnya LUMAYAN. Sebab tu kenapa PERHATIAN dari IBU BAPA ini perlu untuk memastikan anak2 patuh dan tahu batas dalam hidupnya. Manja perlu tapi jika Manja tak bertempat jadi MANJAdi-Jadi la perangainya.
"Cikgu pukul sikit, balik rumah mengadu kata cikgu hentam dengan kayu beluti, mak bapak percaya, datang sekolah sound cikgu.. anak plak hepi cikgu kena sound.. lepas tu cikgu x ambil tahu.. anak plak jadi LAN TODAK di sekolah."
dia atas ni, contoh paling simple yg mmg selalu kita dengar.. dirumah, anak2 perlu dipantau cara pergaulan,kemana, dimana,buat apa dan sebagainyalah...
memang mudah utk saya berbicara... tapi sekurang2nya ada juga niat dihati untuk memberikan kesedaran pada diri sendiri dan semua orang yg lain, didikan orang dulu2 adalah yg terbaik, tapi disebabkan PEREDARAN MASA yg terlalu moden ni, cara begitu nampak seperti satu hukuman yg teruk bagi sesetengah orang yg tidak faham erti mengajar dan pengajaran. Tapi cara yg mudah mendidik anak dan berkesan, sirami ia dengan didikan agama yg cukup.. kerana, dia mampu untuk berfikir dengan akal dan bukan dengan NAFSU.
Oh yeah.. TV juga memainkan peranan dalam sesetengah kehidupan REMAJA.. Jika BAIK isinya..makan BAIKlah ia... Jika BURUK isinya, maka BURUKlah ia.
cau!!
p/s - Banyak lagi, tp cukup sekadar peringatan saja.. TQ.
No comments:
Post a Comment