Friday, October 17, 2008

Pagi Jumaat




Assalamualaikum dan selamat pagi.. skang ni jam di laptop pukul 2.14am.. aku masih terjaga dan tetap terjaga seperti biasa la. Yang lain dah tidur cuma aku dengan mak aje belum tidur lagi, mak tengah sibuk wat nasi impit untuk tempahan esok pagi...biasa la mak aku, tu la dia punya penangan bila orang dah rasa masakan mak aku ni. Selalunya yang mintak tempahan ni macam EON bank, college Segi, The STAR, IBM, Tourism Malaysia..Cuma kadang2 mak aku tak dapat nak terima sebab terlalu banyak sangat tempahan..yela..tak cukup kaki tangan.Macam kuih muih yang paling Top ialah Popia goreng, Popia Basah, Cucur Badak dan Pulut Panggang serta kuih kepompong...walla. Sekarang ni aku tengah usaha kan satu blog untuk mak aku...insyaAllah...dah siap aku bagitahu dekat korang ok..klau nak buat tempahan korang leh tinggalkan pesanan dalam blog tu atau direct call rumah ok.
Yang aku pulak tengah boring tak tahu nak buat ape sebab semua CPU aku dah belasah siapkan malam tadi...jadi aku kebosanan dan tak mampu nak melelapkan mata ni..hehehe..terpaksalah aku melayari mana2 laman web untuk mencari lebih ilmu pengetahuan hendaknya...aku tengah bz mencari maklumat tentang camera DSLR ni...sebab aku nak beli untuk my bisnes part time and my weekend
activities..Aku nak kena banyak explore benda2 macam ni..sebab aku tak nak orang cakap pandai capture tapi pengetahuan dalam penggunaan kita tak tahu...buat malu aje..hehehe.
Adoiii.....nyamuk banyak lak malam ni..sakit kena gigit, Laki berdarah manis katakan...hahahaha.. Sekarang ni aku banyak masuk blog2 orang lain dan nak tengok ape aktiviti diorang serta pengalaman yang diorang ada, Nice la sebab setiap blog ada ciri dan keistimewaan tersendiri dan macam mana untuk mengendalikan blog diorang, macam aku lebih kepada cerita tentang diri dan kehidupan aku dan aku lebih banyakkan pitcha sebab aku rasa cara macam tu best untuk tarik minat pembaca..sambil membaca sambil tengok gambar..lagi2 kalau gambar tu aku ambik pada hari dan waktu yang sama. Sebab orang akan dapat meghayati dan tahu dimana lokasi aku pada masa tu..

Tapi aku minat blog yang mengisahkan tentang pengalaman dan pengetahuan..kalau boleh tentang macam na nak berniaga..best siut..macam na nak cari pendapatan lebih...Tapi bagi aku semua penulis blog ni aku respek sangat2..sebab diorang banyak benda dan idea untuk di lontarkan..syabas semua penulis bloggers... Entah berapa ribu agaknya yang ada blog sendiri ni..mau puluh ribu atau berjuta2 gamaknye. setiap satu ada aura penulisan masing2 dan kreativiti tersendiri. Memang la best!! Macam aku, Aku luahkan ape yang aku alami dan aku jenis suka berbincang dan cuba selesaikan masalah aku macam ni..rasa kepuasan tu ada beb.. dan aku suka berdebat dengan orang tentang ape2 saje janji aku dapat berdebat...orang kata kalah ke..menang ke dalam satu perdebatan tu dapat kita pastikan kesilapan dan kelemahan diri kita sendiri. Macam mana cara penyampaian kita dan ape kita punya isu yang kita nak di debatkan..walaupun aku bukan pendebat...tapi aku memang nak berdebat...hahahaha..poyo aje aku ni..hahahaha. ok...kita cite lain pulak...
sekarang ni terlalu banyak orang buka mata untu
k berniaga sendiri..yelah..99/100 dari rezeki Allah tu berniaga..dan memang perkara tu dah termaktub..cuma kita sendiri yang perlu target untuk mendapatkan 99/100 tu. Tapi aku tengok...Bisnes yang banyak meletup sekarang ni macam pertanian, penternakan dan perladangan..pergh!!! memang bisnes macam tu meletup skang ni cuma tu la..nak bermula sesuatu perkara tu bukannya mudah macam kita makan kacang goreng...nak buat kacang gorengpun nak kena pandai tau.huhu... Tapi tak apelah...yang penting kita kena usaha ke arah tu...kata nak berjaya...kena la berjaya kan diri sendiri dulu baru lah kita berjaya dalam hidup. Dan baru lah masa tu kita dapat membantu orng lain...InsyaAllah.

Sekarang ni musim hujan melanda..biasa lah..nak dekat BULAN NOVEMBER...November Rain...hehehe..Gun's n Roses..layan siut..dah macam ni aku patah kaki nak keluar. Naik motor memang sakit la..kereta pulak buat hal..macam2 la dugaan aku sekarang ni..jika adalah insan yang fahami aku kan best. Aku nak cari bisnes pun payah sebenarnya klau boleh aku nak pegang satu company yang betul2 aku buat duit...means "IBU DUIT".. kira dari situ aku boleh melabur dan dapat keuntungan. Melabur aku..melabur dari kerja bukan melabur macam Skim cepat kayap tu. Tak bera
pa minat la aku. Aku bekerja..guna skill aku..dah siap..tunggu masa..dapat payment...pergh!!! best siut..sabar2..percayakan rezeki Allah berikan...insyaAllah ada la...:). Panjang bebenor aku menaip hari ni...rasa penat lak jari jemariku ini untuk meneruskan bicara ku ini...Hamba mohon ampun dan maaf kerana menyeksa korang semua untuk membaca warkah atikah yang hamba sandarkan ini..diharapkan semua gembira dan ceria membaca ok.. bye...

-MrYusSmile-


-Tak penat untuk tersenyum......:).
Post a Comment